Malaysia Oversight

Zahid cadang ‘kerjasama agung’ parti Melayu-Islam tanpa gugat Madani

By MkiniBM in January 17, 2026 – Reading time 2 minute
Zahid cadang 'kerjasama agung' parti Melayu-Islam tanpa gugat Madani


PAU 2025 | Presiden Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengemukakan usul pembentukan satu gabungan besar kerjasama atau “kolaborasi agung” bagi menyatukan semua parti Melayu dan di Malaysia.

Bagaimanapun, Zahid menegaskan cadangan gabungan besar itu tertakluk kepada satu syarat utama, iaitu tidak mengganggu atau menggugat perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Ibrahim.

“Saya mohon persetujuan sidang perwakilan sekalian untuk kita membentuk grand collaboration atau kolaborasi agung bagi menyatukan seluruh parti Melayu dan di seluruh negara untuk berada di bawah satu gabungan kolabrasi dengan tidak berhajat untuk menggugat perpaduan yang ada.

“Yang saya bayangkan memang ada yang merisik dan meminang, dengan ini risikan dan pinangan itu diterima dengan rasminya, dengan syarat tidak mengganggu-gugat kerajaan perpaduan yang ada dan kita mahu supaya grand collaboration ini dapat benar-benar menyatukan roh dan perjuangan parti-parti Melayu- dalam kerangka yang lebih besar,” katanya.

d052b35605d7d52dc9b5f0c6251aaa29

Zahid menyampaikan cadangan itu ketika ucapan penggulungannya sebagai kemuncak Persidangan Agung (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, hari ini.

Dia turut menjelaskan ‘gabungan agung’ yang dicadangkan itu tidak menuntut mana-mana parti untuk membubarkan organisasi masing-masing, sebaliknya menggalakkan kerjasama secara tidak rasmi sebagai langkah permulaan.

“Dengan adanya grand collaboration ini kita akan mengetepikan warna-warna yang berbeza di kalangan kita demi Islam dan demi Melayu kita harus berada dalam satu bumbung yang sama.

“Perdana Menteri ( Ibrahim) jangan risau, saya tidak akan ada agenda untuk tepuk atap atau mahu menggugat kerajaan perpaduan tapi semata-mata bertujuan untuk menterjemahkan keikhlasan untuk merangkul semua parti-parti Melayu-Islam berada dalam satu bumbung demi kepentingan dan agenda Melayu-Islam,” kata Zahid.

722a76176b711d25ed6ed68d0ccee7ca

Timbalan perdana menteri itu kemudian meminta persetujuan para perwakilan Umno yang hadir sama ada menerima atau menolak usul pembentukan kolaborasi agung tersebut.

Permintaan itu disambut sebulat suara apabila perwakilan melaungkan “setuju” sebanyak tiga kali.

“Mudah-mudahan jika ini dapat kita terima dan menjadi satu usul dan dikemukakan oleh presiden Umno sendiri kepada perwakilan dalam Persidangan PAU 2025 yang bersetuju sila bangun,” katanya, disusuli sorakan perwakilan.

[Laporan penuh menyusul]



Source link