Malaysia Oversight

Zafrul mungkin jadi penasihat bertaraf menteri, seloroh KJ

By MkiniBM in November 17, 2025 – Reading time 2 minute
Zafrul mungkin jadi penasihat bertaraf menteri, seloroh KJ


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata dia berharap dapat terus menyumbang kepada selepas tamat penggal terakhirnya sebagai senator pada 2 Disember – yang menandakan pengundurannya daripada kabinet.

Walaupun Zafrul berkata sedia berbuat demikian dalam apa-apa kapasiti, Khairy Jamaluddin berseloroh bahawa ia mungkin melalui peranan sebagai penasihat “bertaraf menteri”.

“Saya sebagai penganalisis politik, bacaan saya Zafrul akan dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri berkaitan dengan hal ehwal ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.

“Mungkin bertaraf menteri…saya rasa sedang dirunding sama ada bertaraf menteri atau tidak.

“Mungkin juga jawatan di lembaga pengarah Khazanah, atau timbalan pengerusi Khazanah,” seloroh Khairy.

Khairy berkata demikian dalam rancangan audio siar Keluar Sekejap yang disiarkan hari ini.

‘Bukan sebagai menteri’

Sebelum gurauan Khairy itu, Zafrul secara serius berkata dia telah menawarkan diri untuk berkhidmat dalam apa jua kapasiti, tetapi bukan sebagai menteri.

Menurutnya, dia masih menunggu Perdana Menteri Ibrahim untuk memutuskan apakah peranannya di masa akan datang.

cb3231bab71f243acef7e105c04a0717
Khairy Jamaluddin

Spekulasi bertiup kencang bahawa rombakan kabinet akan diadakan tidak lama lagi bagi menggantikan Zafrul dan mengisi kekosongan lain dalam kabinet.

Pada masa sama, timbul juga spekulasi bahawa Khairy akan kembali ke – sekali gus menguatkan khabar angin bahawa bekas Menteri Kesihatan itu mungkin ditawarkan untuk menyertai pentadbiran .

Ditanya mengenai masa depannya dalam politik, Zafrul yang keluar dan menyertai pada Ogos lalu berkata, dia mahu kekal dalam politik dan tidak kembali ke dunia korporat.

Dia juga berharap dapat dicalonkan pada PRU akan datang, sama ada di peringkat negeri atau Parlimen, dengan dia cenderung untuk bertanding di .

“(Saya) kena menanglah. Kalau kalah kali kedua, saya rasa keluar sekejaplah atau selama-lamanya. Dan akui saya bukan untuk ini (politik), perlu jujur dengan diri sendiri.

“Ada kala anda boleh menyumbang dengan cara lain, (melalui) NGO atau lain-lain,” katanya lagi.

Sebelum ini, ada spekulasi bahawa Zafrul mungkin dicalonkan dalam pilihan raya kecil di untuk membuka laluan baginya menjadi menteri besar.

Naun dia menafikan ada rancangan untuk dia bertanding dalam pilihan raya kecil dalam masa terdekat.



Source link