YouTube Mula Perkenal Rekaan Baharu Pemain Video
Aman
YouTube hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini untuk rekaan pemain video mereka, membawakan antaramuka dan rekaan lebih moden. Kemaskini ini diperkenalkan pada desktop dan juga aplikasi mudah-alih, dan telah mula diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini.

Rekaan baharu ini membolehkan pengguna terus menikmati kandungan tanpa elemen yang menganggu apabila mengakses kawalan pemain video.
Selain pada pemain video, YouTube turut mengemaskini paparan pada bahagian komen, dimana ia lebih tersusun dan berangkai, memudahkan lagi pengguna dalam mengakses dan membaca perbualan dan perbincangan orang ramai berkaitan sesuatu video.
Kemaskini baharu ini mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna global bermula hari.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






