Malaysia Oversight

YouTube Memberikan Peluang Kedua Kepada Pemilik Saluran Yang Pernah Diharamkan

By Amanz in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
YouTube Memberikan Peluang Kedua Kepada Pemilik Saluran Yang Pernah Diharamkan


YouTube Memberikan Peluang Kedua Kepada Pemilik Saluran Yang Pernah Diharamkan

October 10, 2025
Google
Penstriman

Effi Saharudin

Apabila menggunakan sesebuah perkhidmatan, pengguna harus mematuhi garis panduan yang diberikan. Di YouTube saluran yang melanggar harta intelek, memuat naik kandungan jelek dan terlibat dengan jenayah berat akan dipadam. Wujud beberapa insiden pemilik akaun cuba membuat akaun kedua tetapi ia turut diharamkan kerana pengharaman yang diberikan adalah muktamad.

YouTube Content ID

Hari ini YouTube memperkenalkan program rintis membenarkan pemilik saluran yang diharamkan untuk membuka saluran baharu. Mereka perlu membuka YouTube Studio untuk melakukan permohonan saluran baharu selepas diharamkan. Mereka juga boleh memohon untuk menyertai semula YouTube Partner Program.

Tidak semua saluran akan dibenarkan kembali. Akaun yang diharamkan kerana memuat naik kandungan cetak rompak, membahayakan kanak-kanak dan pemilik masih meneruskan aktiviti berbahaya di luar YouTube tidak akan diberikan pilihan untuk kembali.

Akaun yang baru diharamkan perlu menanti selama setahun sebelum boleh memohon saluran baharu. Kandungan lama masih lagi akan terpadam tetapi pemilik saluran boleh memuat naik semula video yang telah dihasilkan. Selain itu saluran baharu juga perlu membina semula pengikut daripada sifar kerana pengikut saluran lama tidak akan dipindahkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link