Malaysia Oversight

YouTube Memadam Dua Saluran Treler Palsu Yang Dijana AI

By Amanz in December 19, 2025 – Reading time 1 minute
YouTube Memadam Dua Saluran Treler Palsu Yang Dijana AI


YouTube Memadam Dua Saluran Treler Palsu Yang Dijana AI

December 19, 2025
Google
Kecerdasan Buatan
Penstriman

Effi Saharudin

AI sepatutnya menjadikan kerja anda lebih mudah tetapi realitinya ialah ia digunakan untuk menjana sampah AI dalam bentuk video dalam jumlah pukal. Antara kandungan sampah AI yang paling menimbulkan kemarahan ialah treler filem palsu yang tidak wujud atau baru sahaja diumumkan studio. Akibatnya penonton tertipu dengan treler yang dihasilkan.

YouTube Treler palsu

Semalam YouTube secara mengejut memadam Screen Culture dan KH Studio, dua saluran yang kandungannya terdiri daripada treler palsu janaan AI. Tindakan yang mengejut kerana dua saluran ini mempunyai lebih 2 juta pengikut di YouTube.

Awal tahun ini Screen Culture dan KH Studio dihalang daripada menjana pendapatan menerusi pengiklanan di tutup sebelum ia dikembalikan selepas saluran dilabel sebagai parodi. YouTube berkata saluran dipadam selepas melanggar terma dan syarat mengenai spam serta penggunaan meta data yang tidak telus.

Tetapi wujud teori saluran dipadam bagi memenuhi arahan Disney supaya Google menghentikan janaan harta intelek mereka menggunakan AI. Kedua-dua saluran ini gemar menjana treler palsu menggunakan IP milik Disney. Notis henti dikeluarkan Disney ke atas Google selepas mereka melakukan perjanjian eksklusif dengan OpenAI untuk janaan menerusi Sora.

Deadline



Source link