YouTube dan YouTube Music Mengalami Gangguan – Jutaan Terjejas
October 16, 2025
Google
Lain-lain
Penstriman
Effi Saharudin
Pagi ini jika anda tidak boleh menstrim video atau mendengar lagu menerusi YouTube atau YouTube Music ia bukan salah anda. Gangguan di kedua-dua perkhidmatan ini berlaku di peringkat global dengan isu dilaporkan pengguna di Malasyia, Amerika Syarikat dan India.

Isu mula dikesan sekitar 7.30 pagi ini dengan YouTube tidak boleh diakses menggunakan aplikasi telefon pintar, TV dan laman web. Laman Downdetector menunjukkan peningkatan laporan penstriman video di YouTube tidak boleh dilakukan secara mendadak. YouTube masih belum mengeluarkan kenyataan mengapa berlaku gangguan pagi ini.
Sedang dikemaskini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






