Malaysia Oversight

Your time is finished – Pemuda PAS Selangor singgung Muhyiddin

By MkiniBM in January 29, 2026 – Reading time 1 minute
Your time is finished - Pemuda PAS Selangor singgung Muhyiddin


Selepas Presiden Bersatu, Yassin, mendakwa PN bersetuju memansuhkan jawatan pengerusi gabungan itu, pemimpin akar umbi dilihat memberi pelbagai reaksi.

Ketua Pemuda , Mohamed Sukri Omar turut tampil menyinggung secara terbuka susulan perkembangan isu dalaman PN itu.

“Letak jawatan pengerusi PN, tiba-tiba nak lead (ketuai) Majlis Presiden PN. Masalah tetap tak selesai,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Semalam Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden turut memberi gambaran yang mereka tidak berpuas hati dengan perkembangan isu dalaman PN.

Krisis itu berlarutan selepas mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN pada hujung tahun lalu ekoran insiden bertukarnya Menteri Besar Perlis, daripada PAS, Mohd Shukri Ramli, kepada pengerusi Bersatu negeri itu, Abu Bakar Hamzah.

c870d72afb8083d3cdc37a6297916b3b
Muhyiddin Yassin

Semalam Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata, Bersatu serta PAS bersetuju untuk memansuhkan jawatan Pengerusi PN sebagai sebahagian daripada rancangan mereka menstruktur semula gabungan terbabit.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mendakwa, penstrukturan itu meletakkan Bersatu menerajui Majlis Presiden PN, manakala PAS akan mengetuai jawatankuasa eksekutif.

Bagaimanapun, dakwaan itu kemudian dinafikan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sukri turut menegaskan bahawa masa untuk Muhyiddin sudah tamat.

Your time is finished. What goes around comes around,” katanya.



Source link