YDPA Rasmikan ETS3 Sebelum Memandunya Sendiri Ke Kluang
Effi Saharudin
Laluan Perkhidmatan Kereta Api Elekrik 3 (ETS3) yang menyambungkan Gemas ke JB Sentral telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar pagi tadi. Dengan pembukaan laluan ETS 3, perkhidmatan ETS kini boleh dilakukan dari Padang Besar di Utara hingga ke Johor Bahru sepanjang 952 km.

YDPA Sultan Ibrahim juga kemudiannya berkenan memandu gerabak ETS3 daripada stesen Kuala Lumpur sehingga stesen Kluang. Di Kluang, baginda akan merasmikan pula Laman Rel Mahkota, sebuah taman awam sepanjang 2.8 km yang dibangunkan di bawah jajaran viaduct Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.
Walaupun ETS3 telah dirasmikan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia masih sedang melalui proses ujian teknikal dan sekiranya berkata perkhidmatan akan bermula September ini. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru akan hanya mengambil masa 3.5 jam menggunakan ETS3 yang bergerak pada kelajuan 140 km/j. Secara keseluruhan kos pembinaannya menelan belanja RM 9.5 bilion.

Unit Tren Elektrik Berganda (EMU) KTM Class 94 digunakan dengan ia dilengkapi perkhidmatan WiFi, dan port pengecasan USB. Dua set EMU pertama dikeluarkan oleh CRRC Zhuzhou di China dengan lapan set seterusnya akan dibina di Batu Gajah.
Pelancaran ETS3 ini melengkapkan laluan Utara ke Selatan yang diidamkan pengguna sejak ETS memualkan operasi pada tahu 2010 menerusi laluan Ipoh ke Seremban. Di bawah ETS3, 9 stesen baharu ditambah ke dalam sistem ETS iaitu Labis, Bekok, Paloh, Kluang, Renggam, Layang-Layang, Kulai, Kempas Baru dan Johor Bahru Sentral.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.