Yann LeCun Akan Meninggal Meta Untuk Menubuhkan Syarikat AI Sendiri
Effi Saharudin
Ketua penyelidikan kecerdasan buatan (AI) Meta, Yann LeCun dilaporkan akan meninggalkan syarikat dalam masa beberapa bulan lagi bagi menubuhkan syarikat AI beliau sendiri. Menurut Financial Times, LeCun telahpun menyatakan hasrat meninggalkan Meta yang disertai beliau pada tahun 2013 kepada beberapa kenalan rapat.

Semakan di Meta, LeCun menjadi ketua penyelidik di Facebook Artificial Intelligence Research (FAIR) Lab. LeCun adalah antara pelopor awal teknologi AI dengan beliau menerima Anugerah Turing pada tahun 2019 untuk sumbangan dalam pembelajaran mendalam dan tahun 2024 untuk pembelajaran pengukuhan.
Ura-ura LeCun akan meninggalkan Meta mula kedengaran selepas Meta Superintelligence Labs (MSL) ditubuhkan bulan Julai. Beliau perlu melaporkan diri kepada Alexandr Wang yang mengetuai MSL sedangkan pengasas Scale AI ini tidak pernah menamatkan pengajian di MIT. Kemudian apabila MSL membuang lebih 600 kakitangan bulan lalu untuk melakukan penstrukturan semula, sekali lagi beliau dilaporkan akan meletakkan jawatan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





