Yahoo Ingin Menjual AOL Kepada Pemilik Evernote Dan Vimeo
Aman
AOL merupakan antara syarikat teknologi terawal berpusat di Amerika Syarikat, menawarkan sambungan internet, selain turut memiliki sejumlah jenama dibawah syarikat induknya, termasuk Yahoo, selain penerbitan seperti Engadget dan lain-lain. Terbaru, ia dilaporkan Yahoo dalam perbincangan untuk menjual AOL pada nilai mencapai $1.4 bilion.

Ia dikatakan pembelinya adalah Bending Spoons. Untuk makluman, kebelakangan ini Bending Spoons aktif membeli sejumlah jenama-jenama terkemuka internet suatu ketika dahulu yang kini kian dilupakan atau menghadapi masalah.
Antara jenama dibawah mereka adalah termasuk Vimeo, Evernote, WeTransfer dan pelbagai perkhidmatan lain, digunakan lebih 300 juta pengguna aktif setiap bulan. Dengan pengambil-aliha AOL, ia akan memperluaskan lagi penawaran produk dibawah mereka, selain meningkatkan angka pengguna produk dibawah mereka.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pengambil-alihan ini akan selesai sepenuhnya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






