Malaysia Oversight

Xiaomi Watch 5 Dilancarkan Dengan ECG, Kawalan EMG dan Bateri 18 Hari

By Amanz in December 26, 2025 – Reading time 1 minute
Xiaomi Watch 5 Dilancarkan Dengan ECG,  Kawalan EMG dan Bateri 18 Hari


Xiaomi Watch 5 Dilancarkan Dengan ECG, Kawalan EMG dan Bateri 18 Hari

December 26, 2025
Jam
Xiaomi

Effi Saharudin

Jam tangan pintar Xiaomi Watch 5 turut dilancarkan bersama dua model Xiaomi 17 Ultra semalam. Jam tangan pintar ini hadir dengan skrin 1.54″ AMOLED, 60Hz, kaca nilam dan bezel yang nipis. Ini dipadankan dengan tubuh logam tahan karat 47 mm, cip utama Snapdragon W5, cip sekunder BES2800 dan bateri 930 mAh.

Xioami Watch 5

Cip Snapdragon W5 digunakan untuk tugasan berat sementara cip BES2800 pula untuk tugasan ringan seperti sistem penjejak kesihatan. Dengan ini Watch 5 boleh bertahan sehingga 18 hari dengan sekali caj atau 7 hari dengan skrin AOD serta mod penjimatan bateri diaktifkan.

Xioami Watch 5 B

Jam dilengkapi dengan sistem penjejakan nadi, penjejakan tidur, GPS, oksigen dalam darah, ECG dan sensor EMG. Sensor EMG membolehkan kawalan seperti menjawab telefon atau memulakan sesi senaman dengan melalukan gestur jari tanpa pemakai menyentuh skrin. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengawal kamera dan TV pintar Xiaomi.

Sistem operasi yang digunakan ialah HyperOS 3 dengan terdapat pembantu maya XiaoAi terbina. Sokongan rangkaian 4G disertakan menerusi eSIM.

Xioami Watch 5 C

Tubuh jam pula melepasi piawaian kalis air sehingga 5 ATM. Pilihan tali jam adalah diperbuat daripada bahan fluoroelastomer, kulit dan titanium cetakan 3D.

Di Xiaomi Watch 5 dijual pada harga bermula RM 1,999 (~RM 1148) untuk versi bluetooth dan RMB 2,299 (~RM 1320) untuk versi eSIM.



Source link