Malaysia Oversight

Xiaomi Smart Band 10 Edisi Glimmer Hadir Di Malaysia Pada Harga Bermula RM369

By Amanz in September 25, 2025 – Reading time 1 minute
Xiaomi Smart Band 10 Edisi Glimmer Hadir Di Malaysia Pada Harga Bermula RM369


Xiaomi Smart Band 10 Edisi Glimmer Hadir Di Malaysia Pada Harga Bermula RM369

September 25, 2025
Xiaomi

Nur Amzari

Xiaomi Smart Band 10 juga turut mendapat edisi yang terbaharu iaitu edisi glimmer yang terlihat lebih feminin dan juga elegan. Ia menggunakan skrin AMOLED bersaiz 1.72″ dengan bezel yang nipis dan simetri.

WhatsApp Image 2025 09 25 at 19.04.58

Xiaomi Smart Band 10 hadir dengan pelbagai ciri pemantauan yang berguna seperti pemantauan denyutan nadi, oksigen dalam darah, pemantauan tidur dan juga pemantauan stres. Mod sukan juga banyak dengan lebih 150 jenis sukan boleh dipilih. Baterinya boleh bertahan sehingga 21 hari.

WhatsApp Image 2025 09 25 at 19.06.53

Xiaomi Smart Band 10 Edisi Glimmer boleh didapatkan pada harga RM399 dan berita baiknya Xiaomi telah memberikan promosi dengan harga RM369.

WhatsApp Image 2025 09 25 at 19.04.55

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link