Xiaomi OpenWear Stereo Pro Dilancarkan Pada Harga RM549
Nur Amzari
Xiaomi OpenWear Stereo Pro merupakan TWS boleh sangkut yang terbaru daripada Xiaomi. TWS ini sesuai untuk anda yang mementingkan keselesaan dan juga tidak mahu berkorban dari segi kualiti audio.

OpenWear Stereo Pro mempunyai rekaan yang elegan dengan menggunakan wayar titanium fleksibel yang akan mengikut bentuk telinga dan menggunakan silicon yang mesra kulit untuk keselesaan berganda.

TWS ini menggunakan pemandu bersaiz 13mm yang dibuat khas untuk mendapatkan bunyi bass yang lebih dalam serta armatur imbangan berganda dan PZT tweeter untuk bunyi pada frekuensi tinggi yang lebih terang.

Dari segi ketahanan bateri, OpenWear Stereo Pro ini mampu bertahan sehingga 8.5 jam dalam sekali penggunaan dan sehingga 45 jam dengan pod pengecasan. Ia juga mempunyai ciri kalis air IP54 yang sesuai digunakan untuk sesi bersukan.

Xiaomi OpenWear Stereo Pro ini boleh didapatkan dalam warna Sand Gold, Titan Gray dan Graphite Black. Ia dijual pada tanda harga RM549, lebih menarik anda boleh dapatkan percubaan Spotify selama 3 bulan dengan setiap pembelian.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






