Malaysia Oversight

Xiaomi Mungkin Tidak Lancar Cip Pemprosesan Tersendiri Setiap Tahun Seperti Apple

By Amanz in September 27, 2025 – Reading time 1 minute
Xiaomi Mungkin Tidak Lancar Cip Pemprosesan Tersendiri Setiap Tahun Seperti Apple


Xiaomi Mungkin Tidak Lancar Cip Pemprosesan Tersendiri Setiap Tahun Seperti

September 27, 2025
Xiaomi

Aman

Xiaomi pada tahun ini telah mengumumkan cip pemprosesan untuk peranti, dinamakan XRING01. Ia hadir selepas sekitar lapan tahun sejak Xiaomi perkenalkan cip pemprosesan mereka tersendiri, Surge S1. Pengenalan keluarga XRING merupakan permulaan baharu Xiaomi, malah CEO Xiaomi mengatakan akan melabur RMB50 bilion untuk tempoh 10 tahun dalam pembangunan cip pemprosesan tersendiri.

Xiaomi XRING 01 T1

Terbaru, berkongsi berkaitan dengannya bersama CNBC, Xiaomi mengatakan sedang merancang pembangunan cip telefon generasi baharu dan versi seterusnya untuk XRING02. Namun, Xiaomi mengatakan untuk peringkat awal ini, mereka tidak akan mengeluarkan cip pemprosesan tersendiri setiap tahun, seperti yang dilakukan .

Ia dikatakan sekitar 1 juta unit XRING01 telah dikeluarkan dan menjana peranti seperti telefon dan juga tablet Xiaomi. Namun, untuk mengatasi kerugian, sebanyak 10 juta unit cip perlu dikeluarkan untuk setiap edisi – sekaligus menjadikannya salah satu cabaran besar dalam penggunaan cip berkenaan. Dua peranti yang hadir dengan cip XRING01 adalah Xiaomi 15S Pro dan juga tablet Xiaomi Pad 7 Ultra.

Xiaomi Xring 01

Pelbagai syarikat memilih untuk membangunkan cip tersendiri dalam usaha membolehkan mereka lebih mengoptimasikan perisian dan sistem operasi, selain mengawal jadual pengenalan peranti setiap tahun tanpa bergantung kepada pihak lain.

Buat masa ini, Xiaomi tidak melakukan peralihan sepenuhnya untuk penggunaan cip, dan masih bergantung kepada cip MediaTek dan Qualcomm. Malah, siri Xiaomi 17 yang diperkenalkan baru-baru ini adalah dikuasakan cip Snapdragon generasi terbaru.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link