Xiaomi Mengacah Pengenalan Kaca Mata Pintar
June 25, 2025
•
Aman
Xiaomi kini menjadualkan sebuah acara khas esok, 26 Jun 2025 dimana mereka bakal memperkenalkan beberapa produk baharu pada acara berkenaan. Salah satu perkara yang bakal diperkenalkan adalah kaca mata pintar Xiaomi tersendiri, dinamakan Xiaomi AI Glasses.

Buat masa ini, sokongan penuh untuk kaca mata pintar berkenaan masih tidak diketahui. Ia dijangka lebih memfokuskan kepada sokongan rakaman video dan gambar menggunakan kaca mata pintar berkenaan.
Selain kaca mata pintar berkenaan, Xiaomi juga dijangka memperkenalkan telefon boleh-katup mereka, selain tablet baharu. Sama-sama kita nantikan peranti-peranti baharu ini secara rasminya petang esok.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.