Xiaomi Flagship Store Dibuka Di The Exchange TRX
July 26, 2025
•
Effi Saharudin
Xiaomi Flagship Store kedua dibuka secara di pusat membeli belah The Exchange TRX hari ini selepas stor pertama dibuka di IPC Damansara. Stor asal Xiaomi telah diubahsuai menjadi stor mercu dengan ia kini menempatkan 270 produk dalam kedai dengan keluasan lantai 2700 kaki persegi.

Antara yang dijual di Xiaomi Flagship Store The Exchange ialah telefon pintar, tablet, jam tangan pintar, aksesori audio, televisyen, kamera litar tertutup, robot penyedut hampagas, penyaman udara, peti sejuk, powerbank, berus gigi, mesin makanan haiwan dan banyak lagi.


Selain melihat sendiri pelbagai produk Xiaomi, orang ramai boleh mencuba ekosistem Mi Home dengan semua produk peranti berhubung boleh dicuba sendiri oleh orang ramai sebelum dibeli. Antara yang boleh dilihat lebih awal oleh pelawat ialah mesin basuh merangkap pengering 2 dalam 1 yang hanya akan dilancarkan di Malaysia bulan Ogos depan.

Sempena pembukaan stor ini, Xiaomi menawarkan beberapa promosi dengan potongan harga atau hadiah percuma yang menarik. Misalnya bermula hari ini, 26 Julai hingga 3 Ogos mereka menawarkan kombo barangan AIoT dengan potongan sehingga RM1,320.
Kombo | Produk | Harga |
Travel Combo | Xiaomi Front Pocket Carry-on Luggage 20” | RM 748( RRP: RM848) |
Xiaomi Roll Top Casual Backpack | ||
Smart Pet Care Combo 1 | Xiaomi Smart Pet Care Air Purifier | RM 528 (RRP: RM688) |
Xiaomi Smart Pet Fountain 2 | ||
Smart Pet Care Combo 2 | Xiaomi Smart Pet Care Air Purifier | RM 748 (RRP: RM998) |
Xiaomi Smart Pet Food Feeder 2 | ||
Cleaning Combo | Xiaomi Robot Vacuum X20+ | RM 1,858 (RRP: RM3,178) |
Mi Vacuum Cleaner Mini | ||
Wearables Combo | Redmi Watch 5 | RM 488 (RRP: RM678) |
Xiaomi Smart Band 10 |
Tawaran menarik eksklusif di stor sahaja pula ialah.
Produk | Hadiah Percuma |
Mijia Refrigerator Cross Door 510L | Redmi Pad Pro Wifi (Terhad 5 unit) |
Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star 1.0HP/1.5HP Inverter | Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact (Terhad 10 units) |
Xiaomi TV Max 100 2025 | REBAT RM500 (Terhad 3 unit)*RRP RM 12,999*Promo: RM 12,499 |
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.