Malaysia Oversight

Xiaomi Akan Perkenal Xiaomi 17, Xiaomi 17 Pro, Dan Xiaomi 17 Pro Max Pada Bulan Ini

By Amanz in September 15, 2025 – Reading time 1 minute
Xiaomi Akan Perkenal Xiaomi 17, Xiaomi 17 Pro, Dan Xiaomi 17 Pro Max Pada Bulan Ini


Lu Weibing, presiden Xiaomi kini berkongsi mengatakan mereka akan memperkenalkan siri telefon pintar baharu menyaingi 17 secara rasminya pada bulan ini, iaitu siri Xiaomi 17. Sebanyak tiga variasi model akan ditawarkan, iaitu Xiaomi 17, Xiaomi 17 Pro dan juga Xiaomi 17 Pro Max.

Info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi. Dengan pengumuman hari ini, ia dijangka akan menjalankan cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang baharu, sekaligus menawarkan prestasi yang tinggi melaluinya.

Xiaomi 15 Ultra F
Siri Xiaomi 15 pada 2024

Xiaomi mengatakan Mi 17 akan menawarkan prestasi mercu yang baik, sementara Xiaomi 17 Pro sebagai peranti kompak dengan penawaran kamera mercu, sementara Xiaomi 17 Pro Max pula akan menawarkan sokongan rakaman terbaik dalam sejarah Xiaomi.

Xiaomi turut menekankan mereka turut akan menyertakan beberapa perkara baharu pada telefon pintar, sekaligus memastikan arena telefon pintar terus menarik dan tidak bosan dengan kemaskini spesifikasi sahaja.

Dengan melangkaui satu generasi, Xiaomi dilihat kini menyamakan angka generasi telefon pintar mereka bersama , sekaligus akan menyaingi mereka dengan lebih rapat, termasuk menawarkannya dalam bulan yang sama. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan baharu Xiaomi ini tidak lama lagi.



Source link