Malaysia Oversight

Xiaomi 15T Dan 15T Pro Dilancarkan – Cip Dimensity 9400+ Dan Kamera Telefoto Serba Baharu

By Amanz in September 24, 2025 – Reading time 2 minute
Xiaomi 15T Dan 15T Pro Dilancarkan – Cip Dimensity 9400+ Dan Kamera Telefoto Serba Baharu


Xiaomi 15T Dan 15T Pro Dilancarkan – Cip Dimensity 9400+ Dan Kamera Telefoto Serba Baharu

September 24, 2025
Xiaomi

Amy Maizuraa

Xiaomi melancarkan dua model baharu dalam siri telefon pintarnya, iaitu Xiaomi 15T dan Xiaomi 15T Pro. Kedua-dua peranti menampilkan skrin AMOLED 6.83 inci, bateri berkapasiti besar dan sistem kamera yang dipertingkatkan.

Xiaomi 15T Pro 001

Xiaomi 15T Pro hadir dengan skrin AMOLED 6.83″yang menyokong kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 3200 nits. Skrin ini turut menyokong HDR10+ dan Dolby Vision untuk pengalaman paparan yang lebih jelas.

Peranti ini dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 9400+ bersama pilihan memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan sehingga 1TB UFS 4.1. Ia juga menjalankan HyperOS 3 serta dilengkapi sistem penyejukan 3D IceLoop bagi memastikan prestasi kekal stabil sepanjang penggunaan.

Xiaomi 15T Pro 002

Xiaomi 15T Pro dilengkapi kamera utama 50MP Light Fusion, telefoto 50MP dengan zum optikal 5x (115mm), ultra lebar 12MP dan kamera swafoto 32MP. Ia menyokong rakaman video 8K30fps serta mod Log 10-bit pada 4K 60fps untuk suntingan warna profesional.

Peranti juga menggunakan bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 90W berwayar dan nirwayar 50W. Ia turut mempunyai penarafan kalis air IP68 sehingga kedalaman 3 meter.

Redmi 15T 1

Xiaomi 15T hadir dengan skrin OLED 6.83 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 3,200 nits. Paparan ini turut menyokong HDR10+ dan Dolby Vision untuk pengalaman tontonan yang lebih jelas.

Selain itu, peranti ini dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 8400-Ultra dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan sehingga 512GB UFS 4.1. Ia turut dilengkapi sistem penyejukan 3D IceLoop bagi memastikan prestasi kekal stabil sepanjang penggunaan.

Xiaomi 15T 009

Sistem kamera peranti terdiri daripada sensor utama 50MP Light Fusion 800, telefoto 50MP dengan zum optikal 2x (46mm), ultra lebar 12MP dan swafoto 32MP. Rakaman video menyokong HDR10+ pada resolusi 4K30FPS serta mod Log 10-bit pada 4K60FPS. Peranti juga menggunakan bateri 5500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

Xiaomi 15T juga lebih nipis dengan ketebalan 7.5mm dan berat 194 gram. Selain itu, peranti menawarkan penarafan kalis air IP68 serta menyokong komunikasi luar talian sehingga jarak 1.3km. Ciri sambungan yang tersedia termasuk Wi-Fi 6E, Bluetooth 6.0 dan NFC.

Kedua-dua peranti disahkan akan tiba di Malaysia esok. Nantikan pelancarannya untuk mendapatkan maklumat rasmi serta kemas kini harga tempatan dan promosi yang mungkin ditawarkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link