Malaysia Oversight

Xiaohongshu Dihukum Di China Kerana Mempromosikan Topik Tidak Berfaedah Seperti Gosip Artis

By Amanz in September 12, 2025 – Reading time 1 minute
Xiaohongshu Dihukum Di China Kerana Mempromosikan Topik Tidak Berfaedah Seperti Gosip Artis


Xiaohongshu Dihukum Di Kerana Mempromosikan Topik Tidak Berfaedah Seperti Gosip Artis

September 12, 2025
Aplikasi

Effi Saharudin

Xiaohongshu atau dikenali sebagai Buku Merah menjadi aplikasi tular awal tahun ini selepas TikTok diharamkan di Amerika Syarikat untuk seketika. Penghijrahan “pelarian siber” dari Amerika Syarikat ke Xiaohongshu menjadi topik perbualan internet sebelum ianya reda sejurus selepas Presiden membenarkan TikTok kembali beroperasi.

Xiaohongshu

Minggu ini, Xiaohongshu telah dihukum oleh Pentadbiran Ruang Siber (CAC) kerana didapati bersalah mempromosikan topik tidak berfaedah kepada pengguna seperti berita gosip kehidupan artis. Menurut CAC, Xiaohongshu gagal menunaikan tanggungjawabnya dalam menguruskan kandungannya sehingga menjejaskan ekosistem atas talian. CAC telah mengeluarkan amaran kepada platform, mengarahkannya untuk menyelesaikan isu ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Apakah hukuman yang dikenakan ke atas Xiaohongshu tidak pula dinyatakan oleh CAC. Platform lain yang dihukum CAC pernah menerima penggantungan operasi ataupun denda. Tidak seperti di negara lain, platform media sosial dikawal ketat dengan algoritma saranan kandungan dipantau pihak berkuasa.

Kandungan anti adalah dilarang sama sekali. Malahan kandungan berbentuk tahyul seperti hantu juga dilarang kerana dilihat tidak memberikan impak positif kepada masyarakat.

GlobalTimes

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link