Malaysia Oversight

xAI Memperlihatkan Keupayaan Menyuntik Iklan Dan Produk Terus Pada Filem Atau Siri TV – Melalui Sokongan AI

By Amanz in December 10, 2025 – Reading time 1 minute
xAI Memperlihatkan Keupayaan Menyuntik Iklan Dan Produk Terus Pada Filem Atau Siri TV – Melalui Sokongan AI


xAI Memperlihatkan Keupayaan Menyuntik Iklan Dan Produk Terus Pada Filem Atau Siri TV – Melalui Sokongan AI

December 10, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

Pada hari ini, kita sedia melihat penjanaan gambar dan video dengan sokongan kecerdasan buatan. Tidak setakat itu, kini xAI, firma kecerdasan buatan milik Elon Musk turut memperlihatkan keupayaan untuk menyuntik produk terus ke dalam siri TV atau filem sedia ada.

Melalui contoh yang diperlihatkan, xAI menyatakan langkah ini menghasilkan iklan yang lebih baik berbanding pengguna dipaparkan dengan kandungan yang lain. Menggunakan sokongan penjanaan kecerdasan buatan, produk terus dijana dan disuntik ke video sedia ada, memperlihatkan seperti ia dipromosi terus dalam rancangan yang sedang ditonton.

CocaCola Suits xAI

Melalui contoh, xAI menunjukkan penyuntikkan iklan CocaCola ke siri TV popular Suits, dan juga produk pada siri TV Friends. Namun, ia masih kelihatan sedikit janggal, tetapi konsep awalnya dilihat mungkin membolehkan penggunaannya diperluaskan lagi.

Sebelum ini, pelbagai kaedah integrasi iklan dalam video sedia ada memerlukan penggunaan skrin hijau atau penyuntingan tambahan. Namun, dengan sokongan kecerdasan buatan, proses berkenaan dijadikan lebih pantas lagi. Tetapi, ia dijangka membawa kepada persoalan berkenaan perkongsian pendapatan, dan adakah watak dan lain-lain selesa dengan wajah mereka digunakan bersama produk yang dipromosikan.

Buat masa ini, xAI memperlihatkan konsep penggunaan kecerdasan buatan sahaja, dan tidak diketahui bilakah ia akan diimplementasikan.



Source link