Malaysia Oversight

X Meletakkan Tera Air Pada Apabila Tangkapan Skrin Dilakukan

By Amanz in August 23, 2025 – Reading time 1 minute
X Meletakkan Tera Air Pada Apabila Tangkapan Skrin Dilakukan


X Meletakkan Tera Air Pada Apabila Tangkapan Skrin Dilakukan

August 23, 2025
Aplikasi

Effi Saharudin

Di bawah era Elon Musk, X memperkenalkan inobasi seperti menjual calit biru kepada sesiapa sahaja, membenarkan akaun dihalang membaca susur masa insan yang menghalang dan membenarkan fasis berleluasa. Minggu ini aplikasi X dikemaskini dengan ciri baharu tera air “X.com” akan dipaparkan apabila tangkapan skrin diambil.

X tera air watermark

Kami menyedari ianya berlaku sejak semalam dengan pengguna merungut ia satu lagi ciri yang tidak diminta tetapi diberikan juga oleh Musk. Tidak diketahui mengapa ciri baharu ini diperkenalkan secara tiba-tiba tetapi kami merasakan ialah kerana menjadi trend semasa untuk melakukan tangkapan skrin di X kemudian dikongsi ke Reddit, Threads dan Bluesky. Dengan adanya tera air, X.com masih boleh diiklankan di platform media sosial pesaing secara tidak langsung.

Pada ketika ini tera air hanya dapat dilihat apabila tangkapan layar dilakukan pada peranti iOS. Di Android, ciri ini masih belum diberikan. Diharapkan ia tidak akan diberikan sehingga ke tiupan sangkakala kerana sejak Musk mengambil alih ciri baharu jarang sekali ditawarkan ke Android.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link