Malaysia Oversight

Windows File Explorer Dikemaskini Untuk Menjadi Lebih Ringan

By Amanz in December 29, 2025 – Reading time 1 minute
Windows File Explorer Dikemaskini Untuk Menjadi Lebih Ringan


Windows File Explorer Dikemaskini Untuk Menjadi Lebih Ringan

December 29, 2025
Microsoft

Nazrin

Melalui kemaskini Windows 11 Build 26220.7523, Microsoft dilaporkan telah mengurangkan penggunaan sumber memori dan pemprosesan perisian File Explorer untuk menjadikannya lebih ringan apabila digunakan, khususnya apabila mencari fail ataupun perisian melaluinya.

Sebelum ini, Microsoft telah memperkenalkan ciri pra-pengaktifan File Explorer yang sepatutnya dilihat mempercepatkan proses menggunakan aplikasi tersebut, tetapi sayangnya apabila diuji, tidak banyak beza yang dapat diperlihatkan.

image 28

Kemaskini terbaru ini diperkenalkan untuk pengguna program Windows Insider, menjanjikan penggunaan sumber perkomputeran yang lebih ringan dimana carian melalui File Explorer tidak lagi akan bertindih, dan akan membantu mempercepatkan proses carian. Ini dilihat sebagai satu lagi cara Microsoft mahu mempercepatkan pengaktifan dan penggunaan fungsi carian pada sistem operasi Windows 11.

Secara lazimnya, kebanyakan daripada ciri-ciri dan kemaskini yang diperkenalkan pada program Windows Insider akan diterapkan didalam sistem operasi versi pengguna biasa di masa hadapan. Jika ujian ini berjaya, ia dijangka akan diperkenalkan pada salah satu kemaskini versi Windows 11 akan datang.

Videocardz



Source link