Malaysia Oversight

Windows 11 Memperkenalkan Digital Signage Mode Untuk Papan Iklan Digital Yang Menggerakkan Sistem Operasi Tersebut

By Amanz in November 20, 2025 – Reading time 1 minute
Windows 11 Memperkenalkan Digital Signage Mode Untuk Papan Iklan Digital Yang Menggerakkan Sistem Operasi Tersebut


Windows 11 Memperkenalkan Digital Signage Mode Untuk Papan Iklan Digital Yang Menggerakkan Sistem Operasi Tersebut

November 20, 2025
Microsoft

Nazrin

Papan iklan digital adalah sesuatu yang kita dapat lihat di mana-mana sahaja pada zaman moden ini. Kadang-kala, terdapat diantaranya yang menggerakkan sistem operasi Microsoft Windows, dan apabila terdapat isu dengan perisian pengiklanan ataupun komputer yang digunakan, kita akan dapat melihat isu-isu seperti BSOD ataupun desktop Windows terpampang pada papan iklan tersebut.

Sewaktu acara Microsoft Ignite yang sedang berlangsung di San Francisco, Microsoft telah memperkenalkan mod baru untuk komputer papan iklan yang menggerakkan sistem operasi Windows 11, iaitu Digital Signage Mode.

image 65

Secara ringkasnya, mod ini hanya akan menunjukkan skrin Blue Screen of Death selama 15 saat untuk membuat imbasan tentang isu yang berlaku, dan akan menyahktifkan skrin sambil menunggu input pengguna untuk menghidupkan semula sistem operasi tersebut secara manual.

Microsoft mengatakan apabila mod ini diperkenalkan kelak, ia boleh diaktifkan melalui menu tetapan Recovery sebagai sebuah suis yang boleh ditetapkan pengguna jika diperlukan. Ia juga berbeza dengan Kiosk Mode yang diperkenalkan untuk panel komputer yang hadir dengan fungsi-fungsi interaktif seperti mesin pembelian dan pembayaran yang digunakan di restoran-restoran makanan segera.

Microsoft

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link