WhatsApp Sedang Menguji Aplikasi Untuk Apple Watch
October 31, 2025
Aman
WhatsApp hari ini telah memulakan ujian untuk aplikasi permesejan berkenaan yang dioptimasikan untuk pengguna Apple Watch. Buat masa ini, ia diuji dalam kalangan segelintir kecil pengguna melalui penawaran TestFlight.

Aplikasi WhatsApp untuk Apple Watch ini hadir dengan sokongan membaca mesej dengan mudah pada pergelangan tangan, membalas mesej, menghantar reaksi, dan juga menghantar mesej audio.
Seperti biasa, untuk menggunakannya, pengguna perlu pautkan Apple Watch bersama iPhone sebelum dapat menggunakan WhatsApp pada jam tangan pintar mereka.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Apple akan menawarkan aplikasi ini secara rasminya untuk pengguna seluruh dunia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






