WhatsApp Menguji Kebolehan Menambah Pautan Facebook Pada Profil Pengguna
Amy Maizuraa
WhatsApp kini mula menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah profil Facebook ke halaman maklumat akaun mereka. Sebelum ini, hanya pautan profil Instagram disokong namun dengan penambahan ini, pengguna boleh menghubungkan lebih banyak akaun media sosial secara terus dalam aplikasi.

Ciri ini sedang dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna beta WhatsApp untuk Android. Setelah diaktifkan, pautan Facebook akan dipaparkan terus pada profil pengguna lantas memudahkan kenalan untuk berhubung merentasi platform.
Pengguna turut diberi pilihan untuk mengesahkan pautan melalui ‘Accounts Center’ bagi tujuan pengesahan identiti. Walau bagaimanapun, proses ini adalah pilihan dan tidak akan menjejaskan pengalaman penggunaan sekiranya tidak dilakukan.

WhatsApp turut menyediakan tetapan privasi yang membolehkan pengguna mengawal siapa yang boleh melihat pautan Facebook pada profil mereka. Pilihan yang tersedia termasuk paparan kepada semua orang, kenalan sahaja, individu tertentu atau menyembunyikannya sepenuhnya.
Ciri ini masih dalam fasa ujian dan dijangka akan diperluaskan kepada lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






