Malaysia Oversight

WhatsApp Kini Boleh Mengalih Bahasa Mesej Yang Diterima

By Amanz in September 24, 2025 – Reading time 1 minute
WhatsApp Kini Boleh Mengalih Bahasa Mesej Yang Diterima


WhatsApp Kini Boleh Mengalih Bahasa Mesej Yang Diterima

September 24, 2025
Aplikasi
Meta

Effi Saharudin

Bermula hari ini WhatsApp memperkenalkan ciri mengalih bahasa mesej yang diterima dalam aplikasi. Semua mesej yang diterima boleh dialih bahasa menggunakan butang “translate”. Pada Android, ciri ini boleh mengubah semua mesej ke bahasa pilihan sementara di iOS mesej perlu ditekan terlebih dahulu.

Meta WhatsApp Translate Message

Pada Android ciri alih bahasa ini menyokong Bahasa Inggeris, Sepanyol, Hindi, Portugis, Russia dan Arab. Sementara itu di iOS pula ia menyokong 19 bahasa seperti Indonesia, Thai, Vietnam, Jepun dan Korea.

Sebelum ini ciri alih bahasa mesej disokong hanya pada peranti Galaxy menerusi ciri yang terbina dengan Galaxy AI. Menerusi kemas kini ini ciri eksklusif telah dikembangkan kepada pengguna peranti lain. Bagi memastikan privasi, Meta mengatakan proses alih bahasa dilakukan dalam peranti tanpa ia dihantar ke awanan untuk diproses.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link