Malaysia Oversight

WhatsApp : Kajian Perlihatkan 78% Pengguna Malaysia Berinteraksi Dengan Perniagaan Melalui Mesej Sekurangnya Sekali Seminggu

By Amanz in October 15, 2025 – Reading time 1 minute
WhatsApp : Kajian Perlihatkan 78% Pengguna Malaysia Berinteraksi Dengan Perniagaan Melalui Mesej Sekurangnya Sekali Seminggu


WhatsApp : Kajian Perlihatkan 78% Pengguna Malaysia Berinteraksi Dengan Perniagaan Melalui Mesej Sekurangnya Sekali Seminggu

October 15, 2025
Meta

Aman

Pada hari ini, permesejan telah menjadi salah satu medium komunikasi utama oleh pengguna seluruh dunia, dan aplikasi yang popular digunakan adalah WhatsApp. Hari ini, WhatsApp turut berkongsi dapatan kajian terbaru mereka, perlihatkan 78% pengguna Malaysia berinteraksi dengan perniagaan melalui mesej sekurang-kurangnya sekali seminggu.

WhatsApp 78 Perniagaan 1

Ini sekaligus perlihatkan permesejan bukan sahaja utama antara rakan-rakan dan ahli keluarga, tetapi juga melibatkan perniagaan dan perusahaan. Ini termasuk untuk pertanyaan, pembelian, khidmat pelanggan, dan sebagainya.

WhatsApp Bisnes

WhatsApp mengatakan mereka menyediakan sejumlah penyelesaian untuk perniagaan dalam menambah-baik pengalaman pengguna. Selain permesejan, bergerak kehadapan, di Malaysia WhatsApp akan turut memperkenalkan ciri panggilan suara antara pelanggan dan juga perniagaan – sekaligus membolehkan interaksi teks dan suara dilakukan menggunakan platform tersebut.

Selari perkongsian ini, pihak Meta, syarikat induk WhatsApp turut mengumumkan program Meta Live Skilling di Malaysia yang ingin melatih rakyat tempatan dalam sejumlah kemahiran melibatkan penggunaan WhatsApp untuk perniagaan. Untuk tujuan ini, Meta bekerjasama dengan MARA, MDEC, INSKEN dan juga SME Corp Malaysia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link