Malaysia Oversight

WhatsApp Dikemaskini Dengan Ciri Baharu Termasuk Peringatan Panggilan Terlepas

By Amanz in December 12, 2025 – Reading time 1 minute
WhatsApp Dikemaskini Dengan Ciri Baharu Termasuk Peringatan Panggilan Terlepas


WhatsApp memperkenalkan beberapa ciri baharu yang menjadikan aplikasi lebih mudah digunakan. Kemaskini kali ini bukan sahaja hadir dengan fungsi mesej panggilan terlepas malah turut menambah pelekat status yang menyeronokkan, di samping beberapa lagi ciri lain yang memudahkan pengguna berhubung dengan kenalan.

WhatsApp Dikemaskini Dengan Ciri Baharu 001

Mesej panggilan terlepas (Missed call messages) membolehkan pengguna merakam audio atau video sekiranya panggilan tidak dijawab, sekali gus menjadikan mel suara tradisional tidak lagi relevan. Dalam sembang suara pula, pengguna kini boleh memberikan reaksi secara langsung (Reactions in voice chats) tanpa mengganggu perbualan. Manakala pada panggilan video, individu yang sedang bercakap akan diutamakan secara automatik (Group call speaker spotlight) untuk memudahkan semua peserta mengikuti perbincangan dengan lebih jelas dan teratur.

WhatsApp

Di samping itu, tab media baharu pada versi desktop (New media tab on desktop) memudahkan pengguna mencari dokumen, pautan dan media merentasi perbualan dalam satu ruang yang lebih tersusun, manakala pratonton pautan (Cleaner link previews) pula ditambah baik agar lebih ringkas serta tidak mengganggu aliran perbualan.

Status turut menerima penambahan pelekat baharu (New stickers on Status) termasuk lirik lagu, soalan yang boleh dijawab oleh rakan serta pelekat menarik yang boleh digunakan untuk berinteraksi, sekali gus menjadikan pengalaman menggunakan WhatsApp lebih menyeronokkan.

WA Channels

Bagi Channels, WhatsApp memperkenalkan fungsi soalan (Questions on Channels) yang membolehkan pentadbir (admin) berhubung dengan audiens secara lebih berkesan dan menerima maklum balas secara masa nyata. Kesemua penambahbaikan ini menjadikan pengalaman menggunakan WhatsApp lebih mesra pengguna.

WhatsApp Blog



Source link