Malaysia Oversight

Wee mahu mekanisme urus RM100 yang nak dipulangkan

By MkiniBM in July 23, 2025 – Reading time 2 minute
Wee mahu mekanisme urus RM100 yang nak dipulangkan


Presiden MCA Wee Ka Siong mencadangkan agar mewujudkan satu mekanisme untuk rakyat yang tidak mahu atau tidak perlukan bantuan program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang diumumkan Perdana Menteri, Ibrahim, hari ini.

Menurutnya, langkah itu perlu supaya golongan terbabit boleh memulangkan semula bantuan bernilai RM100 tersebut secara sukarela kepada .

“Daripada belanja duit untuk langkah populis kepada golongan yang mungkin tidak memerlukan, bukankah lebih baik digunakan untuk bantu rakyat yang benar-benar memerlukan dan naik taraf sistem kesihatan serta pendidikan negara?

“Saya percaya PMX (), bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir, semua menteri kabinet dan ramai ahli parlimen serta juga akan sanggup melepaskan bantuan Sara RM100 mereka demi rakyat.

“Saya orang pertama akan salurkan.

“Satu solusi win-win – rakyat boleh pilih, pun menang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu mengumumkan sumbangan bantuan RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad di bawah program Sara.

Anwar berkata pemberian bersempena Hari Kebangsaan itu merupakan ikhtiar segera kerajaan bagi meringankan beban sara hidup, selain penghargaan kepada rakyat.

Inisiatif tersebut memberi manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan RM2 bilion.

Katanya, jumlah peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sara meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk tahun ini, dan ia merupakan kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.

Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, dana yang terkumpul itu boleh digunakan untuk dua perkara penting iaitu untuk menghentikan skim Rakan KKM yang dianggapnya berat sebelah dan hanya menguntungkan pesakit yang mampu membayar lebih untuk ‘potong barisan’.

“Duit terkumpul boleh digunakan untuk mempercepatkan rawatan elektif bagi 15,000 pesakit di hospital kerajaan yang kini perlu menunggu sehingga 21 bulan.

“(Kedua) salurkan dana tersebut untuk kurangkan masa menunggu pembedahan elektif di hospital kerajaan serta berikan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM, STPM dan matrikulasi dengan PNGK (purata nilai gred kumulatif) cemerlang yang masih dinafikan peluang ke kolej matrikulasi atau universiti awam mengikuti kursus pilihan utama mereka,” katanya.



Source link