Malaysia Oversight

Wee bidas UM, KPT abai isu kemasukan universiti

By MkiniBM in September 22, 2025 – Reading time 3 minute
Wee bidas UM, KPT abai isu kemasukan universiti


Presiden MCA, Wee Ka Siong, menuduh Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Noor Azuan Abu Osman, mengabaikan kebimbangan rakyat Malaysia berhubung isu kemasukan ke universiti awam.

Wee mengkritik Noor Azuan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kerana masih membentangkan perkara itu sebagai isu “antarabangsa” dan bagaimana pelajar asing membantu meningkatkan kedudukan serta keterlihatan penyelidikan.

“Isunya adalah berkenaan peluang pelajar tempatan memasuki UA menggunakan pintu Unit Pusat Universiti (UPU).

“Noor Azuan sekadar mengulas secara umum, tanpa memperincikan data-data penting untuk menyokong hujahnya.

38ff3f50696ac3ec0d5ac98fdf4a69a9

“Justeru, saya mencabar UM dan KPT supaya mendedahkan kepada umum pecahan antara pelajar tempatan yang memasuki UA menerusi saluran UPU (yuran bersubsidi) dan pelajar tempatan yang memasuki UA menerusi Saluran Terbuka (SATU) (yuran penuh),” kata Wee pada satu kenyataan.

Terdahulu hari ini, Bernama melaporkan Noor Azuan berkata Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengimbangi antara pendidikan untuk rakyat tempatan dengan pengambilan pelajar antarabangsa.

“Universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia bercita-cita ke arah kecemerlangan global, dengan penunjuk prestasi sering diukur melalui kedudukan antarabangsa dan keterlihatan yang lahir daripada penglibatan dengan pemikir dan bakat terbaik merentasi sempadan.

“Pada masa yang sama, universiti awam tetap komited dengan mandat untuk berkhidmat kepada rakyat tempatan, menzahirkan keutamaan yang perlu bagi memenuhi tujuan dan objektif kebangsaan,” katanya.

5a134ea034fe969f4fbc63741aab9fe3

Dia turut menegaskan komitmen UM terhadap kuota pelajar tempatan, dengan merujuk dasar bahawa pengambilan pelajar antarabangsa tidak akan menjejaskan hak pelajar tempatan yang layak.

Mengulas lanjut, Wee mengulangi gesaannya agar UM dan KPT mendedahkan data terperinci kemasukan dari 2018 hingga 2025, termasuk pecahan jumlah pelajar tempatan berbayar penuh dan bersubsidi mengikut kelayakan.

“Apabila sudah dapat data lengkap dan tepat, maka kita semua boleh melihat dengan lebih jelas situasi dimana ribuan pelajar yang layak ikut saluran UPU dipaksa ikut Satu.

“Ditegaskan bahawa ini bukan soal pelajar asing ambil tempat pelajar tempatan.

097c15aed8e81b60f8b93fd83343da30

“Tetapi tempat di UA telah ‘ditempah’ dan dijual kepada rakyat Malaysia sendiri dengan mengenakan yuran teramat tinggi – berpuluh kali ganda berbanding yuran bagi saluran UPU,” katanya.

Dia mendakwa pelajar cemerlang daripada keluarga B40 dan M40 dipaksa memasuki program komersial “pengambilan terus”, dengan yuran ijazah perubatan mencecah sehingga RM500,000.

Sebagai contoh, dia merujuk kepada program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UM, dengan KPT mengesahkan hanya 85 tempat UPU ditawarkan, sedangkan rekod fakulti menunjukkan sekitar 160 graduan setiap tahun.

“Ini bermakna hampir 47 peratus pengambilan disalurkan melalui laluan komersial ‘pengambilan terus’, walaupun sebahagian daripada mereka adalah rakyat Malaysia.

167e1a640e06779b761f05c722cdddef

“Isunya jelas, tempat UPU bersubsidi dikekang sementara universiti awam mengembangkan saluran komersial untuk pelajar berbayar penuh,” katanya.

Wee turut menyifatkan kenyataan bahawa semua 1,255 pelajar STPM yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 berjaya mendapat tempat di universiti awam sebagai “mengelirukan”.

Ini kerana mendapat tempat di universiti awam tidak sama dengan ditawarkan kursus pilihan, jelasnya, sambil menambah bahawa perkara ini tidak sepatutnya timbul memandangkan terdapat banyak slot berbayar penuh untuk pelajar tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, Wee turut menyentuh mengenai Hari Terbuka Mega UM minggu lalu, dengan hampir 75 tempat untuk program undang-undang ditawarkan di bawah saluran pengambilan terus universiti itu yang dikenali sebagai “Satu”.

e4bfbbd19967239d54940471cdb7ca34

Dia berkata yuran di bawah laluan alternatif itu adalah 10 kali ganda berbanding yuran bersubsidi.

“Ia mencerminkan realiti sama bagi kursus-kursus kritikal lain di UM, di mana perbezaan yuran antara pengambilan UPU bersubsidi dengan saluran ‘Satu’ adalah antara 10 hingga 30 kali ganda,” tambahnya.

Wee menegaskan mesti menjamin ketelusan dalam kemasukan universiti dengan mewajibkan pendedahan awam angka pengambilan pelajar tempatan berbayar penuh dan bersubsidi, serta menghentikan universiti awam daripada menukar mandat nasional kepada kegiatan komersial.

Pada 17 September lalu, KPT menafikan dakwaan kementerian itu gagal mengutamakan kemasukan pelajar tempatan ke institusi pengajian tinggi awam.

Ini selepas Edward Wong, yang memperoleh PNGK 4.0 dalam peperiksaan STPM, meluahkan kekecewaan selepas enam universiti menolak permohonannya untuk mengikuti kursus perakaunan.

Sebaliknya, dia ditawarkan kursus pengurusan, yang menurut Wong hanyalah pilihan kelimanya, dengan menggambarkannya sebagai “bukan minat saya, bukan impian saya, dan bukan ganjaran untuk dua tahun perjuangan saya.”

Dia berkongsi kisahnya di Facebook, sekali gus mendorong Wee mengadakan sidang media mengenai perkara tersebut.



Source link