Malaysia Oversight

Waytha cabar Anwar dedah petisyen pengampunan dalam 24 jam

By MkiniBM in August 14, 2025 – Reading time 3 minute
Waytha cabar Anwar dedah petisyen pengampunan dalam 24 jam


Bekas menteri P Waythamoorthy mencabar Perdana Menteri Ibrahim supaya mendedahkan sepenuhnya dokumen petisyen pengampunan dirajanya dalam tempoh 24 jam.

Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) itu juga menuntut ketelusan penuh berhubung petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong yang membawa kepada pembebasannya dari penjara pada 16 Mei 2018, dengan menyatakan bahawa hanya pendedahan sedemikian membolehkan rakyat Malaysia mengetahui dengan tepat apa yang dimohon perdana menteri ketika ini daripada Agong.

Menurut rekod rasmi yang dirujuk Waythamoorthy, mengemukakan tiga petisyen pengampunan berasingan. Dua yang pertama — dihantar pada 16 Mac 2015 dan 27 Feb 2017 — ditolak oleh Agong. Petisyen ketiga, yang dihantar pada 16 Mei 2018, diluluskan.

“Hanya melalui pendedahan sedemikian rakyat Malaysia dapat mengetahui dengan tepat apa yang dimohon Anwar daripada Agong,” katanya pada satu kenyataan semalam.

ddc205cc5593910c97bad229ca09c7aa

Dia berkata dokumen itu akan membuktikan sama ada Anwar memohon semata-mata untuk pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan atau turut memohon pembatalan kehilangan kelayakan untuk bertanding pilihan raya di bawah Perkara 48(3) Perlembagaan.

Waythamoorthy juga mempersoalkan jika Anwar mematuhi prosedur pengampunan dengan mengaku bersalah dan menunjukkan rasa kesal.

“Secara tradisinya, seorang banduan yang memohon pengampunan diraja terlebih dahulu mengakui kesalahan, menunjukkan rasa kesal yang mendalam, dan menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada belas ihsan Agong.

“Adakah Anwar melakukan perkara ini? Rakyat Malaysia berhak tahu.

277e831577ec9d888869e9d5047ed583
Gambar fail, pembebasan Anwar pada 2018.

“Demi kepentingan negara dan ketelusan, Anwar mesti segera mendedahkan sepenuhnya petisyen pengampunan beliau.

“Adakah beliau bersedia berbuat demikian? Rakyat Malaysia sedang menunggu,” katanya.

Kelmarin, Waythamoorthy memfailkan saman pemula terhadap Anwar, mendakwa statusnya sebagai ahli parlimen dan perdana menteri tidak sah di sisi perlembagaan.

Dalam saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, Waytha memohon pengisytiharan kehilangan kelayakan Anwar sebagai ahli Dewan Rakyat “tidak pernah dibatalkan” oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan.

5fd8e33af646d4f1d7370cd940d5a617

“Ini adalah perkara yang melibatkan salah nyata dan tindakan mengelirukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (pada ketika itu) dalam pelantikan defendan sebagai perdana menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

“Ini adalah keadaan yang luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini di negara kita, apabila keputusan Seri Paduka Baginda diperoleh berdasarkan kelayakan palsu atau salah nyata, sekali gus menjejaskan peranan Perlembagaan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong,” dakwanya pada sidang media kelmarin.

Waythamoorthy berkata dia juga memohon pengisytiharan mahkamah bahawa kemenangan Anwar di kerusi parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022, serta pelantikannya sebagai perdana menteri pada 24 November 2022, adalah terbatal dan tidak sah.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer (gambar bawah) menegaskan tindakan Waythamoorthy memfailkan saman pemula terhadap Anwar berhubung keabsahannya sebagai perdana menteri hanya membuang masa mahkamah.

54c668427bf3b2a167a016e86c0b91e7

“Pengampunan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada yang amat berhormat Tambun, menyeluruh, sempurna tidak boleh disoal kerana dia adalah pengampunan menyeluruh 100 peratus tidak perlu mendapatkan apa-apa penjelasan bertulis.

“Sepatutnya pihak yang mencabar itu memfailkan satu petisyen pilihan raya bukan saman pemula di bawah Seksyen 32 (e) dan petisyen itu wajib difailkan dalam tempoh 21 hari selepas Keputusan pilihan raya disiarkan dalam warta.

“Pada saya saman tersebut bolehlah kita tafsirkan dalam istilah bahasa undang-undang sesuatu yang mengaibkan, sesuatu yang remeh atau menyusahkan,” katanya pada sidang media di parlimen.

Sementara itu, Ahli Parlimen DAP Bangi, Syahredzan Johan pada maklum balasnya membangkitkan soal masa tindakan undang-undang tersebut dibuat.

Syahredzan berkata tindakan itu dilakukan selepas Waythamoorthy bertemu dengan pemimpin Bersatu.

Syahredzan menyifatkan saman Waytha untuk membatalkan kelayakan Anwar sebagai “remeh dan menyusahkan”.



Source link