Malaysia Oversight

Waspada dengan Deklarasi New York sebelum nyatakan pendirian

By MkiniBM in August 3, 2025 – Reading time 2 minute
Waspada dengan Deklarasi New York sebelum nyatakan pendirian


Malaysia diingatkan supaya lebih berwaspada sebelum menyatakan pendirian berhubung Deklarasi New York yang dibawa oleh Perancis dan Arab Saudi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 30 Julai lalu.

Pengerusi Biro Antarabangsa , Malik menggesa kekal dengan pendirian menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan diiktiraf sepenuhnya, selaras dengan Resolusi PBB 242 (1967).

Katanya, cadangan pelaksanaan Two-State Solution (2SS) sebagai jalan penyelesaian konflik Israel-Palestin bukan jaminan kepada penamat perperangan yang tercetus di Palestin.

“Kami percaya bahawa penyelesaian sebenar kepada krisis ini hanya dapat dicapai sekiranya Israel mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa dan menghentikan pendudukan haram di wilayah Palestin.

“Kami mengingatkan bahawa pelaksanaan 2SS telah berkali-kali gagal sebelum ini, bukan kerana penolakan dari rakyat Palestin, tetapi kerana keengganan Israel untuk tunduk kepada resolusi PBB dan prinsip asas keadilan antarabangsa.

“Maka, meletakkan syarat berat sebelah terhadap Hamas tanpa mengikat Israel kepada sebarang komitmen undang-undang adalah tindakan yang tidak seimbang dan tidak adil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan, pendirian Malaysia bahawa Palestin mempunyai hak untuk wujud sebagai sebuah negara masih kekal dan konsisten, kata Menteri Luar, Mohamad Hasan.

Mohamad berkata, pendirian itu adalah hasrat dan perjuangan Malaysia sejak dulu lagi yang menyokong supaya Palestin diberi hak untuk mentadbir negara sendiri.

aded13098d4a7d3a37b01560596efba6

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih memerlukan masa untuk meneliti sepenuhnya dokumen deklarasi dikeluarkan susulan mesyuarat khas di PBB yang menuntut Hamas meletakkan senjata dan tidak lagi mentadbir Gaza, baru-baru ini.

Sementara itu, berkata sebarang peralihan kuasa atau pentadbiran di Gaza perlu dilaksanakan melalui ‘proses pilihan raya yang bebas dan adil di bawah pengawasan antarabangsa bukan ditentukan oleh kuasa luar.

“Prinsip kedaulatan dan hak self-determination adalah hak mutlak rakyat Palestin, bukan negara lain.

“Sehubungan itu, sebarang pendirian rasmi Malaysia terhadap Deklarasi New York harus mengambil kira komitmen Malaysia terhadap undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, keseimbangan antara keperluan diplomasi global dan sentimen rakyat Malaysia,” katanya.

“Ia juga memastikan semua pihak termasuk Israel untuk patuh dan dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa,” katanya.



Source link