Malaysia Oversight

Wartawan masih dilarang di ruang legar Parlimen era Madani

By MkiniBM in August 3, 2025 – Reading time 3 minute
malaysiakini logo


ULASAN | Pada 21 Mac 2017, pengamal media dikejutkan dengan pengumuman Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia ketika itu kerana melarang pemberita melakukan tugas di ruang legar parlimen.

Pandikar berkata larangan itu dikenakan atas alasan wartawan mengganggu anggota parlimen dengan soalan-soalan yang tidak diingini dan “berkelah” di lobi parlimen.

Petugas media hanya dibenarkan berada di bilik media untuk mengikuti persidangan secara langsung, atau membuat liputan sidang akhbar di kawasan yang ditetapkan.

Keputusan itu dikritik hebat oleh pemimpin Pakatan Harapan yang merupakan pembangkang ketika itu, termasuk bekas ahli parlimen Permatang Pauh .

berkata pemberita berkumpul di lobi parlimen bukan untuk “berkelah” seperti yang yang didakwa speaker, tetapi untuk melakukan tugas mereka.

“Saya kecewa dengan tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab Pandikar bahawa media telah menukar ruang legar menjadi ‘tempat berkelah’.

“Pemberita berada di parlimen setiap hari persidangan, tanpa mengira perbahasan undang-undang atau berkenaan sesuatu isu.

“Petugas media menghabiskan waktu kerja mereka di koridor dan bukan di pusat media yang disediakan, menunjukkan betapa tidak praktikal dan tidak berkesannya kemudahan semasa di parlimen,” katanya ketika itu.

Tambah , jarak yang jauh antara pusat media yang baru dan ruang duduk parlimen mengurangkan peluang wartawan untuk berinteraksi secara langsung dengan anggota parlimen dan menteri-menteri.

Akses terus kepada sumber adalah penting supaya mereka dapat mengesahkan maklumat dan melaporkan berita yang boleh dipercayai, katanya.

Nurul Izzah juga ketika itu menimbulkan kebimbangan bahawa larangan itu adalah “satu lagi percubaan untuk melumpuhkan kebebasan akhbar di Malaysia” dan menggesa speaker menarik balik keputusan itu.

Tak puas hati

Wakil-wakil petugas media di parlimen juga bertemu dengan Pandikar untuk menggesa agar mengkaji semula perkara itu, tetapi speaker tetap dengan pendiriannya.

Keputusan itu juga dikutuk Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Institut Wartawan Malaysia (IoJ), Kelab Koresponden Asing Malaysia (FCCM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm).

Tanggapan yang meluas ketika itu adalah Pandikar melarang pemberita berada di ruang legar kerana ketika itu ‘tidak puas hati’ dengan laporan-laporan yang diterbitkan ketika sesi parlimen.

Lebih lapan tahun sejak larangan ini diperkenal. Sebanyak empat telah atau sedang memerintah negara dalam tempoh lapan tahun ini.

Antaranya, PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad (Mei 2018 hingga Feb 2020), kerajaan PN pimpinan Muhyiddi Yassin (Mac 2020 hingga Ogos 2021), Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri Yaakob (Ogos 2021 hingga Okt 2022) dan Kerajaan Madani pimpinan Ibrahim (Dis 2022- hingga sekarang).

Persoalannya, adakah larangan itu telah ditarik balik? Jawapannya, tidak. Sebenarnya, penulis berpendapat bahawa di bawah kerajaan hari ini larangan itu diperketatkan lagi.

Kenapa penulis berasa begitu? Walaupun larangan itu dikenakan pada 2017, ketika itu pemberita masih bebas berada di ruang legar. Mereka dibenarkan menulis laporan, dan duduk di sofa yang disediakan di ruang legar menonton sesi parlimen di televisyen yang disediakan.

Tetapi, hari ini sofa-sofa yang berada di ruang legar itu telah ‘hilang’. Maksudnya, pemberita tidak dibenarkan sama sekali walaupun hanya hendak duduk di ruang legar untuk menonton sesi parlimen.

Pegawai keselamatan juga ditambah di kawasan itu, untuk memastikan tiada pemberita berada di situ.

Mungkin ramai akan tertanya, apa yang penting sangat pemberita perlu dibenarkan di ruang legar parlimen? Apakah bilik media yang disediakan khas kepada para pemberita tidak cukup untuk beroperasi?

Ini adalah kesimpulan penulis: Tugas seorang ahli parlimen adalah mewakili rakyat di parlimen, menggubal undang-undang, dan mengawal kerajaan.

Ahli parlimen juga berperanan sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan.

Sementara tugas seorang pemberita di parlimen adalah bertanya soalan kepada ahli parlimen. Ruang legar parlimen adalah satu-satunya kawasan di parlimen untuk pemberita berjumpa secara langsung dengan ahli parlimen.

Hanya kerajaan yang tidak berfungsi akan ‘takut’ kepada kebebasan media.

Persoalannya, apakah kerajaan hari ini yang diwar-warkan sangat prihatin dengan kebebasan media sedia membenarkan semula pemberita di ruang legar?

Penulis juga berharap, bekas wartawan yang satu ketika bangkit bersuara mempertahankan hak kebebasan media yang kini berada dalam kerajaan menasihati menteri untuk membenarkan pemberita kembali bertugas di ruang legar.


B NANTHA KUMAR ialah seorang wartawan kanan Malaysiakini dengan pengalaman lebih dua dekad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link