PETALING JAYA: Parti Warisan (Warisan) menetapkan sasaran memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan parti itu membentuk kerajaan secara solo tanpa bergabung dengan mana-mana parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan ini. Naib Presidennya, Datuk Jaujan Sambakong berkata, Warisan telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya sejak lima tahun lalu dan kini berada dalam keadaan siaga sepenuhnya di setiap kawasan. Kata beliau, keputusan Warisan tidak berubah…





