GEORGE TOWN: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar penghadang plastik yang berada di lorong kanan di Jalan Thean Teik bersebelahan dengan Pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, pagi tadi. Lebih malang, akibat pelanggaran itu juga, kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh mangsa, Lim Soon Teik, 67, turut tertusuk sebatang besi paip sehingga menembusi tempat duduk bahagian pemandu sekali gus meragut nyawa lelaki terbabit.…





