Malaysia Oversight

Warga emas maut dalam kemalangan dua kereta di Muar

By TheSun in October 30, 2025 – Reading time 1 minute
spot_img


Seorang wanita warga emas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Pintasan Bakri, Sungai Abong Muar malam tadi

MUAR: Seorang wanita warga emas manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Pintasan Bakri, Sungai Abong di sini malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan I Mohd Fettry Mahat dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.47 malam sebelum sepasukan 12 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa yang berusia 73 tahun meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit dalam Toyota Vios yang dipandu seorang wanita berusia 44 tahun.

Sebuah lagi kereta iaitu Honda City yang dipandu wanita berusia 19 tahun serta penumpangnya lelaki berusia 25 tahun cedera ringan dan telah dikeluarkan oleh orang awam.

Mohd Fettry berkata pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan warga emas itu yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan operasi tamat sepenuhnya pada 10.51 malam. – Bernama


Post Views: 1



Source link