Malaysia Oversight

Warden penjara maut ketika pulang periksa rumah dinaiki air di Kuantan

By TheSun in December 18, 2025 – Reading time 1 minute
Warden penjara maut ketika pulang periksa rumah dinaiki air di Kuantan


Seorang warden penjara ditemukan mati lemas di rumah keluarganya yang dinaiki air di Taman Seri Inderapura, Kuantan, selepas keluar memeriksa keadaan.

KUANTAN: Seorang warden Penjara Penor ditemukan meninggal dunia selepas pulang memeriksa rumah keluarganya yang dinaiki air di Taman Seri Inderapura di sini.

Mangsa, Muhammad Hariri Kamarudin, 26, dilaporkan keluar bersendirian kira-kira 1 pagi dari pusat pemindahan sementara (PPS) tempatnya bertugas.

Beliau ingin melihat keadaan rumah yang dinaiki air sedalam kira-kira satu kaki.

Bapanya menghubunginya selepas mendapati Muhammad Hariri masih belum kembali ke PPS sehingga 10 pagi.

Bapa mangsa kemudian pulang ke rumah untuk mencari anaknya itu.

“Bapa mangsa yang kembali ke rumah menemukan mangsa dalam keadaan tertiarap di ruang tamu yang dipenuhi air,“ kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah.

Mangsa kemudian dibawa ke PPS menggunakan kenderaan sendiri dengan bantuan orang awam.

Polis tiba di PPS pada pukul 11 pagi dan mendapati mangsa berada dalam sebuah kenderaan Mitsubishi Triton.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

“Mayat mangsa tiba di HTAA pada kira-kira 1 tengah hari dan bedah siasat akan dijalankan pada 2 petang ini,“ kata Ashari.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.



Source link