Malaysia Oversight

Wanita nyaris maut kereta dihempap tiang perancah projek ECRL

By MkiniBM in November 18, 2025 – Reading time 1 minute
Wanita nyaris maut kereta dihempap tiang perancah projek ECRL


Seorang pemandu wanita nyaris selepas kereta dipandunya dihempap tiang perancah projek pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Batu Caves berdekatan tol Gombak, di Kuala Lumpur hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 1.47 tengah hari.

033f647305bf2e0e9c05136652d20341

Berikutan itu tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian, namun mangsa yang berusia 40-an telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi kejadian didapati tiang perancah binaan projek ECRL itu telah menghempap sebuah kereta jenis Suzuki Swift,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan selepas berjaya dikeluarkan orang ramai, mangsa kemudian terus ke balai polis untuk membuat laporan mengenai insiden berkenaan.

– Bernama



Source link