Malaysia Oversight

Wan Saiful sangsi, minta ROS pantau mesyuarat MT PN

By MkiniBM in January 10, 2026 – Reading time 3 minute
Wan Saiful sangsi, minta ROS pantau mesyuarat MT PN


Wan Saiful Wan Jan menyatakan keraguannya sama ada Yassin dan “penjilat-penjilat” Presiden Bersatu itu akan mematuhi prosedur yang betul dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan datang.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang dipecat daripada Bersatu tahun lalu itu berkata, dia menghantar surat rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya memantau perkembangan isu berkenaan bagi memastikan Bersatu mematuhi proses yang sewajarnya.

Wan Saiful turut mempersoalkan sama ada wajar menghadiri mesyuarat tersebut atau tidak memandangkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN dinyatakan berkuat kuasa mulai 1 Jan lalu.

“Kalau dia sepatutnya tidak hadir tetapi masih hadir, maka akan timbul persoalan – adakah mesyuarat itu sah.

“Mengesahkan peletakan jawatan pengerusi seharusnya menjadi agenda pertama mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan datang.

“Kalau masih nak hadir (dan) apabila peletakan jawatannya disahkan (dalam mesyuarat itu), sebelum masuk agenda kedua Muhyiddin perlu keluar mesyuarat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia yang pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PN itu turut membangkitkan kemungkinan berlakunya konflik kepentingan sekiranya Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi tersebut.

Hal itu kerana, kata Wan Saiful, agenda utama mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang ialah menentukan pengerusi yang baru mereka.

Pada masa sama Wan Saiful mendakwa kem Muhyiddin kelihatan bersungguh-sungguh mahu bekas perdana menteri itu kekal berkuasa dan dibuktikan dengan beberapa pertemuan yang diatur sejak beberapa hari lalu.

eed949972f688bdaaf61198a5624b488
Muhyiddin Yassin

Dia juga membangkitkan kemungkinan Muhyiddin mengubah pendirian mengenai peletakan jawatannya dengan menyatakan bahawa perkara itu pernah berlaku sebelum ini.

Wan Saiful berkata demikian dipercayai merujuk kepada insiden pada Nov 2023 apabila Muhyiddin memberitahu dia tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti akan datang.

Tidak lama selepas itu, Ahli Parlimen Pagoh berkenaan menarik balik keputusan tersebut atas alasan dia mengambil kira permintaan isterinya, Noorainee Abdul Rahman, supaya memegang jawatan presiden sekurang-kurangnya untuk satu penggal lagi.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali, dan salah seorang naib presiden parti, Radzi Jidin, juga tidak sepatutnya menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

Hal itu kerana, menurut Wan Saiful, dia mendapat tahu yang Radzi juga sudah meletakkan jawatan. Bagaimanapun dakwaan bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional itu tidak dapat disahkan.

“Yang lebih baik ialah Timbalan Setiausaha Agung PN (Takiyuddin Hassan) mengeluarkan notis memanggil mesyuarat tanpa menjemput Azmin dan Radzi,” katanya.

73b1bd24007604d03e8f6cf8b6085412

Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN pada 30 Dis lalu susulan krisis pentadbiran Perlis yang menyaksikan hubungan antara dan Bersatu menjadi semakin tegang.

Kontroversi itu tercetus susulan satu ‘rampasan kuasa’ apabila lapan – lima dari Bersatu dan tiga — menarik sokongan mereka terhadap Menteri Besar, Shukri Ramli.

Ketegangan tersebut menyebabkan mengancam untuk bergerak secara bersendirian.

Namun, keadaan kembali reda apabila Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai ketua PN, sekali gus membuka laluan kepada PAS untuk mengambil alih kepimpinan gabungan itu.

Pengumuman Muhyiddin itu turut mencetuskan siri peletakan jawatan beberapa pemimpin kanan Bersatu negeri, termasuk Azmin yang mengepalai , serta Ahmad Faizal Azumu (Perak).

Bagaimanapun, sebagai Presiden Bersatu, Muhyiddin berhak berada dalam Majlis Tertinggi PN.



Source link