Malaysia Oversight

Wan Rosdy seru MIC kekal bersama BN

By MkiniBM in September 8, 2025 – Reading time 2 minute
Wan Rosdy seru MIC kekal bersama BN


Di tengah rasa kurang senang terhadap tindakan seorang pemimpin menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu, Naib Presiden Wan Rosdy Wan Ismail tampil menyeru rakan komponennya itu agar terus bersama memperkukuhkan .

Wan Rosdy menegaskan dia mengambil perhatian terhadap tindakan Timbalan Ketua Pemuda , K Kesavan, yang hadir ke mesyuarat sayap pemuda Bersatu baru-baru ini.

Katanya, hubungan dengan Bersatu mempunyai sejarah dan cabaran tersendiri yang tidak boleh diketepikan.

Menurut Wan Rosdy, jemputan Bersatu kepada parti-parti komponen untuk menghadiri perhimpunan mereka jelas membawa implikasi tertentu dan berpotensi menjejaskan perpaduan dalam BN.

e0425892cdbcb4a01e9eac3db571368b

sentiasa konsisten mengutamakan semangat setiakawan dalam BN.

“Malah, di negeri-negeri di mana mempunyai kedudukan yang lebih baik seperti di Pahang, tetap diberikan tempat yang sewajarnya dan sering dipertahankan atas dasar kebersamaan,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Kesavan dilaporkan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu di Shah Alam, yang turut mendapat perhatian Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi. Zahid menuntut MIC memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Presiden MIC SA Vigneswaran mengesahkan adanya perbincangan tidak rasmi dengan PN mengenai hala tuju parti tersebut dalam BN.

08106ca95310c36971f4101e8db3d127

Dia berkata kepimpinan parti kini sedang mengkaji secara serius berikutan usul daripada ahli akar umbi – termasuk di Kedah dan Pulau Pinang – yang menggesa MIC mempertimbangkan untuk menyertai PN.

Bagaimanapun, Wan Rosdy mengajak MIC untuk kekal bersama Umno dan komponen lain dalam BN, membina semula kekuatan secara kolektif, serta tidak memberi ruang kepada pihak luar yang pernah meninggalkan mereka ketika melalui saat sukar.

“Percayalah, hanya dengan semangat muafakat dan kebersamaan, BN akan kembali menjadi wadah yang kuat dan dihormati,” katanya yang juga menteri besar Pahang.



Source link