Malaysia Oversight

‘Wan Fayhsal perlu tanya soalan dalam grup WhatsApp MPT Bersatu’

By MkiniBM in May 20, 2025 – Reading time 1 minute
‘Wan Fayhsal perlu tanya soalan dalam grup WhatsApp MPT Bersatu’


Pemimpin Bersatu dilihat tidak bersetuju dengan lontaran soalan berkaitan program jelajah parti itu di media sosial seperti yang dilakukan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz berkata, soalan sedemikian sepatutnya boleh diajukan dalam kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

“Soalan-soalan seperti ini, dia hanya perlu tanya dalam group WhatsApp MPT,” katanya ringkas kepada Malaysiakini, hari ini.

f1bf13530d41674909a7dd91c8935f10

Dia berkata demikian ketika ditanya berhubung rungutan Wan Ahmad Fayhsal yang mempersoalkan program jelajah Bersatu ke negeri-negeri yang tidak menjemput timbalan presiden dan naib presiden parti berkenaan.

Malah bekas Ketua Pemuda Bersatu itu berkata, MPT juga tidak dimaklumkan mengenai program tersebut.

“Luar biasa,” katanya di Facebook, malam tadi.

Cubaan Malaysiakini mendapatkan ulasan lanjut daripada Wan Fayhsal belum mendapat sebarang respon setakat ini.

Namun kenyataan itu dipercayai merujuk kepada program Kembara Bersatu ke beberapa negeri setakat ini yang diketuai Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali.

1868f0895ea62a8cabebe5aee1bd5c72

Beberapa hantaran di Facebook bekas Menteri Besar itu memaparkan video dan gambar program itu yang berlangsung. Antaranya di , Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Melaka.

Beberapa pimpinan Bersatu yang dilihat turut hadir antaranya dua naib presidennya Mohd Radzi Jidin dan Ahmad Faizal Azumu, Tun Faisal dan beberapa anggota MPT lain.

Malaysiakini juga sedang mendapatkan respon daripada Azmin berhubung perkara itu.



Source link