Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyertai Wanita Pertama China Peng Liyuan dan isteri pemimpin asing menelusuri sungai di sepanjang Sungai Haihe, pada Isnin.
Program untuk pasangan pemimpin yang diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 itu, dihoskan oleh Peng.
Tetamu yang hadir termasuk isteri kepada Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev, Presiden Mongolia Ukhnaa Khurelsukh, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Nepal KP Sharma Oli, Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly dan anak perempuan kepada Presiden Iran Masoud Pezeshkian.

Perjalanan menaiki bot itu membawakan mereka menelusuri Sungai Haihe yang ikonik, sambil menikmati pemandangan landskap bandar yang kaya dengan warisan sejarah dan tarikan moden di bandar pelabuhan Tianjin.
Wan Azizah mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja empat hari di China.
– Bernama