Vivo X300 Dan X300 Pro Dilancarkan – Cip Dimensity 9500 Dan Kamera ZEISS 200MP
Amy Maizuraa
Vivo secara rasmi melancarkan telefon pintar baharu X300 dan X300 Pro di China. Kedua-dua peranti dilengkapi dengan teknologi terkini yang menawarkan prestasi berkuasa dan sistem kamera yang dipertingkatkan.

Vivo X300 Pro hadir dengan skrin LTPO 6.78 inci (1260 x 2800 piksel) yang menyokong kadar segar semula 120Hz, HDR10+ dan Dolby Vision. Ia dijana oleh cip MediaTek Dimensity 9500 dengan pilihan sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 1TB.
Sistem kamera belakang menampilkan kamera utama 50MP (Sony LYT-828) dengan sokongan gimbal OIS, ultra-lebar 50MP (Samsung JN1) dan telefoto 200MP (1/1.4-inch Samsung HPB). Untuk swafoto, peranti dilengkapi kamera hadapan 50MP (Samsung JN1).
Peranti juga dibekalkan bateri 6510mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 90W dan nirwayar 40W.

Vivo X300 hadir dengan skrin LTPO 6.31 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz, HDR10+, Dolby Vision dan pengimbas cap jari ultrasonik terbina. Ia dijana oleh cip MediaTek Dimensity 9500 dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 1TB yang menggunakan teknologi LPDDR5X dan UFS 4.1.
Peranti ini dilengkapi bateri 6.040mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 90W dan nirwayar 40W. Sistem kamera belakang menggunakan tetapan tri-kamera ZEISS yang terdiri daripada kamera utama 200MP, telefoto 50MP dengan sokongan 3x zum optikal serta ultra lebar 50MP. Untuk swafoto, ia hadir dengan kamera hadapan 50MP.

Kedua-dua peranti hadir dengan antaramuka OriginOS 6 berasaskan Android 16 yang menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar. Berikut ialah harga rasmi bagi siri vivo X300 dan X300 Pro di pasaran China:
Vivo X300 Pro
- 12GB RAM + 256GB – CNY 5,299 (~ RM3,139)
- 16GB RAM + 512GB – CNY 5,999 (~RM3,553)
- 16GB RAM + 1TB – CNY 6,699 (~RM3,968)
Vivo X300
- 12GB RAM + 256GB – CNY 4,399 (~2,605).
- 16GB RAM + 256GB – CNY 4,699 (~RM2,783).
- 12GB RAM + 512GB – CNY 4,999 (~RM2,961).
- 16GB RAM + 512GB – CNY 5,299 (~RM3,139).
- 16GB RAM + 1TB – CNY 5,999 (~3,553).
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






