Malaysia Oversight

vivo X Fold5 – Serba Boleh Untuk Gaya Hidup Profesional

By Amanz in August 22, 2025 – Reading time 5 minute
vivo X Fold5 – Serba Boleh Untuk Gaya Hidup Profesional


Sudah tiba masanya untuk anda merasai perubahan sebenar dalam dunia telefon pintar. vivo X Fold5 bukan sekadar telefon biasa, sebaliknya ia direka khas untuk individu yang sentiasa bergerak dan mengutamakan prestasi hebat dalam gaya yang tersendiri. Dengan reka bentuk yang kemas dan teknologi terkini, anda boleh bekerja, berhubung dan bergaya di mana sahaja.

image 34

Peranti ini sesuai untuk profesional moden yang memerlukan sesuatu yang fleksibel dan tahan lasak. Ia mudah digunakan dalam pelbagai situasi harian, tanpa perlu berkompromi dengan kualiti atau penampilan. vivo X Fold5 bukan hanya alat komunikasi tetapi lambang gaya hidup masa kini.


Keselesaan Berpanjangan

Dengan berat hanya 217 gram dan ketebalan 9.2mm ketika dilipat serta 4.2mm apabila dibuka, vivo X Fold5 direka untuk keselesaan sepanjang hari. Mudah dibawa ke mana sahaja, peranti ini tampil bergaya dalam pelbagai suasana sama ada di bilik mesyuarat formal atau ruang santai peribadi.

Kemasan belakang bertekstur halus melalui teknik Nano-Sputtering bukan sekadar hiasan malah menyerlahkan identiti rekaan yang eksklusif. Gabungan reka bentuk ringan dan praktikal inilah yang menjadikan peranti sebagai pelengkap ideal untuk gaya hidup premium pengguna masa kini. 

image 35

Walaupun tampil dengan reka bentuk nipis dan ringan, vivo X Fold5 tidak berkompromi dari segi keupayaan bateri. Dilengkapi bateri Bluevolt berkapasiti 6000mAh, peranti ini menggunakan gabungan teknologi anod silikon dan bateri separa pepejal untuk meningkatkan kecekapan tenaga secara menyeluruh.

Sokongan pengecasan pantas 80W Flash Charge diberi membolehkan pengguna mengecas semula bateri dengan pantas, manakala pengecasan nirwayar 40W Flash Charge menawarkan kemudahan tambahan dalam situasi yang lebih fleksibel. 

vivo X Fold 5 17

Sama ada di pejabat, di rumah atau ketika dalam perjalanan, vivo X Fold5 direka untuk menyokong gaya hidup produktif sepanjang hari tanpa gangguan.


Kerja Lebih Produktif

vivo X Fold5 direka untuk menyokong produktiviti sepanjang hari. Melalui fungsi Origin Workbench, pengguna boleh membuka sehingga lima aplikasi serentak tanpa menjejaskan prestasi. Menyunting dokumen, menonton video dan membalas mesej penting dapat dilakukan dengan lancar lalu menjadikan tugasan harian lebih tersusun dan pantas.

image 41
image 40

Peranti ini turut dilengkapi ciri pintar seperti AI Captions, Snap Text dan AI Transcript Assist yang memudahkan komunikasi serta pengurusan dokumen. Fungsi-fungsi ini membantu dalam menyalin, memahami dan menyusun maklumat dengan lebih efisien.

image 39
image 38

Untuk kemudahan tambahan, Shortcut Button menyediakan akses segera ke kamera, mod senyap dan rakaman suara dengan satu sentuhan tanpa perlu membuka skrin utama. Gabungan teknologi pintar serta reka bentuk yang mesra pengguna menjadikan peranti ini sebagai pelengkap ideal untuk gaya hidup moden yang efisien dan produktif.


Bahan Binaan Berkualiti Tinggi

Seterusnya, vivo X Fold5 dibina menggunakan keluli gred aero angkasa yang direka khas dengan kekuatan sehingga 2300MPa. Penggunaan bahan premium ini memastikan struktur peranti lebih kukuh berbanding model sebelumnya untuk ketahanan jangka masa panjang. Lantas, ia menjadikan peranti ini pilihan ideal untuk penggunaan harian yang berterusan dan berpanjangan.

AD 4nXe9fVkttMtZff3OAYCPZdmjA0SoYa5EFwb8 9JFpjqLUJFi9tyyNATe4BEMveed0hSE8 VWjOgk1piitfDfko

Peranti ini turut dilengkapi dengan engsel Carbon Fiber Support Hinge tahan lasak yang turut diuji sehingga 600,000 kali lipatan. Engselnya dibina dengan teliti untuk memastikan bukaan dan tutupan skrin yang stabil serta mengurangkan kesan lipatan. Reka bentuk ini menjanjikan pengalaman penggunaan yang lancar dan tahan lama untuk kegunaan harian.

image 42

Paparan utama vivo X Fold5 bersaiz 8.03 inci dilengkapi dengan Armor Glass generasi kedua yang lebih tahan lasak untuk kegunaan harian. Teknologi Nanoscale Crystal dan penukaran ion yang dipertingkatkan turut membantu dalam melindungi skrin daripada retak dan kerosakan kecil. Kaca ini memberi perlindungan tambahan tanpa menjejaskan reka bentuknya yang nipis dan bergaya.

image 43

Ia membolehkan pengguna menggunakannya dengan lebih yakin setiap hari tanpa mengorbankan gaya mahupun keselesaan. Lebih menariknya lagi ialah apabila paparan sekunder 6.53 inci boleh digunakan dengan selesa tanpa perlu membuka skrin utama dengan kerap, sekali gus membolehkan pengguna menyelesaikan kerja atau menikmati hiburan dengan mudah.


Kamera ZEISS Serba Canggih

Melalui teknologi kamera yang canggih, X Fold5 memperkenalkan sistem pengimejan yang dibangunkan bersama ZEISS, yang menjanjikan hasil imej berkualiti tinggi, serta penuh emosi. Peranti ini dilengkapi dengan tiga kamera bersolusi 50MP iaitu kamera utama Ultra-Sensing VCS Bionic, telefoto ZEISS, dan sudut lebar yang membolehkan pengguna merakam setiap detik dengan ketajaman dan kejelasan yang luar biasa.

image 44

Sensor Sony IMX882 yang digunakan dalam X Fold 5 mampu meningkatkan keupayaan menangkap cahaya sebanyak 33% berbanding model sebelumnya. Ia menjadikan gambar lebih terang dan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.

Teknologi auto fokus piksel penuh dengan kepadatan 32 kali ganda berbanding sistem biasa membolehkan fokus ditetapkan dengan pantas dan tepat, sama ada ketika subjek sedang bergerak atau dalam keadaan yang tidak stabil. Dengan sokongan AI, gambar yang dirakam pada zum sehingga 10X masih tajam dan terperinci tanpa kesan kabur yang sering menjejaskan kualiti imej digital.

image 45
image 46
image 47
image 48
image 49
image 50
image 51
image 52

Fungsi-fungsi pintar seperti AI Magic Move, AI Reflection Erase, AI Image Expander dan AI Visual membolehkan suntingan gambar yang kemas dan tampak profesional, tanpa perlu aplikasi tambahan. Dual-Display Preview pula membolehkan pengguna melihat rakaman secara langsung sekaligus menjadikan pengalaman fotografi lebih mudah. Pilihan gaya potret seperti ZEISS Multifocal Portrait, Stage Mode eksklusif vivo dan Classic Negative Film Style disertakan turut menambah sentuhan seni yang menjadikan setiap gambar lebih menarik serta berbeza. 


Prestasi Berkuasa 

vivo X Fold5 turut direka untuk pengguna aktif yang sering berada di luar, sama ada dalam cuaca hujan, persekitaran berdebu atau suhu rendah. Ia dilengkapi dengan perlindungan tiga lapisan pensijilan IPX8, IPX9 dan IP5X untuk bertahan terhadap air dan habuk. Menurut vivo, peranti ini diuji berfungsi dalam suhu serendah –20°C lalu menjadikannya sesuai untuk pelbagai keadaan harian.

Dari segi prestasi, vivo X Fold5 dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3 yang cukup berkuasa dalam mengendalikan pelbagai tugasan dengan lancar. Dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman 512GB, peranti ini menawarkan pengalaman penggunaan yang pantas, serta ruang mencukupi untuk kerja, hiburan dan komunikasi tanpa gangguan.


Kesimpulan

vivo X Fold5 direka untuk menyokong gaya hidup moden yang aktif dan pelbagai. Dengan teknologi AI, reka bentuk boleh lipat yang fleksibel dan prestasi yang stabil, ia sesuai digunakan untuk kerja, komunikasi dan hiburan harian. 

Fungsi multi-tugas, ciri menarik dan kemudahan suntingan menjadikan peranti ini produk yang boleh bantu meningkatkan produktiviti tanpa mengabaikan keselesaan. Ia bukan sekadar telefon pintar tetapi penyelesaian praktikal untuk mengurus rutin harian dengan lebih efisien.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya sekarang pada harga RM 6999 di seluruh kedai dan pengedar rasmi vivo Malaysia. 

Penafian : Advertorial daripada vivo Malaysia.



Source link