Vivo V60 Lite 5G kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia sebagai model mampu milik dalam siri V60 namun masih mengekalkan ciri-ciri menarik yang ditawarkan pada model lebih premium.


Vivo V60 Lite 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.77-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz untuk paparan yang lancar dan terang. Ia menggunakan cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo bersama dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM serta storan dalaman sehingga 512GB.


Selain itu, peranti ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Dalam masa sama, teknologi Blue Volt Battery juga disertakan bagi memastikan pengurusan kuasa yang lebih cekap dan tahan lama.


Vivo V60 Lite 5G turut menampilkan sistem dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP bersama sistem AI Aura Light. Selain itu, peranti ini mempunyai penarafan IP65 yang menjadikannya kalis habuk dan air sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan.

Pratempahan kini dibuka dengan harga bermula RM1399 untuk model 8GB + 256GB dan RM1799 bagi model 12GB + 512GB. Sempena pelancaran ini, harga promosi serendah RM1199 (8/256GB) dan RM1499 (12/512GB) turut ditawarkan. Tawaran ini adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.


Setiap pra-tempahan ini turut disertakan dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1199 termasuk vivo Buds percuma dan Holiday Vibes Gift. Tiga pilihan warna ditawarkan termasuk Elegant Black, Titanium Blue dan Pop Pink.






