Vivo V60 Lite 5G Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Amy Maizuraa
Vivo mengesahkan kehadiran satu lagi peranti baharu di bawah siri V60 iaitu Vivo V60 Lite 5G. Model ini dijangka menjadi pilihan lebih mampu milik berbanding varian lain dalam siri yang sama.

Vivo V60 Lite 5G hadir dalam pilihan warna Pop Pink yang menarik selari dengan trend semasa. Ia akan dilengkapi skrin AMOLED 6.77 inci dengan kadar segar semula 120Hz, HDR10+ dan kecerahan sehingga 3000 nits. Paparan ini juga dipadankan dengan pembesar suara stereo untuk pengalaman audio yang lebih imersif.
Peranti ini akan dijana cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo dengan bateri 6500mAh dan pengecasan pantas 90W. Ia turut menyokong teknologi BlueVolt Battery untuk pengurusan kuasa yang lebih cekap. Maklumat penuh termasuk harga rasmi di Malaysia akan diumumkan semasa pelancaran.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






