Malaysia Oversight

Vivo S50 Pro Mini Kini Rasmi Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 5 

By Amanz in December 15, 2025 – Reading time 1 minute
Vivo S50 Pro Mini Kini Rasmi Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 5 


Vivo S50 Pro Mini Kini Rasmi Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 5 

December 15, 2025
Vivo

Amy Maizuraa

Vivo telah melancarkan S50 Pro Mini di dengan reka bentuk baharu yang menggabungkan elemen , Pixel serta Honor 50. Selain itu, ia turut dilengkapi perkakasan berkualiti tinggi untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih selesa.

Vivo S50 Pro Mini 002

Vivo S50 Pro Mini dilengkapi paparan LTPO AMOLED 6.31″ beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 5000 nits. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Gen 5 bersama memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan 512GB. Walaupun bersaiz kompak, ia menempatkan bateri besar 6500mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 90W serta nirwayar 40W.

Dari segi kamera, ia hadir dengan sistem tri-sensor utama yang terdiri daripada kamera 50MP, telefoto periskop 50MP dengan 3x zum optikal serta ultra lebar 8MP. Kamera swafoto pula menggunakan sensor 50MP. Sambungan menyokong Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4 disediakan bersama sistem operasi berasaskan Android 16 dengan OriginOS 6. Harga jualan di bermula daripada RMB 3,699 (~RM 2,147).

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link