Malaysia Oversight

Vivo Pad5e Kini Rasmi Dengan Skrin 2.8K 144Hz Dan Cip Snapdragon 8s Gen 3

By Amanz in October 13, 2025 – Reading time 1 minute
Vivo Pad5e Kini Rasmi Dengan Skrin 2.8K 144Hz Dan Cip Snapdragon 8s Gen 3


Vivo Pad5e Kini Rasmi Dengan Skrin 2.8K 144Hz Dan Cip Snapdragon 8s Gen 3

October 13, 2025
Vivo

Amy Maizuraa

Vivo turut melancarkan tablet terbaharu mereka, vivo Pad5e secara rasmi di . Peranti ini dilengkapi dengan skrin 144Hz untuk paparan yang lebih lancar dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 8s Gen 3 bagi memastikan prestasi yang cekap.

vivo Pad5e 02

Untuk lebih lanjut, Vivo Pad5e dilengkapi dengan skrin IPS LCD bersaiz 12.2 inci 2.8K yang menyokong kadar segar semula 144Hz. Peranti ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X, serta storan dalaman 512GB berasaskan UFS 4.1. Ia turut dibekalkan dengan bateri berkapasiti 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 44W.

vivo Pad5e 01

Vivo turut menyertakan sistem penyejukan grafit bersaiz 32,200mm² pada tablet ini bagi memastikan suhu kekal stabil sepanjang sesi permainan yang intensif. Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri Game Live Assistant yang berfungsi untuk mengoptimumkan prestasi sistem. Melengkapinya ialah kamera utama 8MP dan swafoto sebesar 5MP untuk keperluan rakaman harian.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link