Revolusi Kamera Telefon Pintar Bermula di Malaysia
vivo sekali lagi mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju inovasi mudah alih apabila memperkenalkan siri flagship baharu, vivo X300 dan X300 Pro, yang menampilkan teknologi kamera ZEISS APO 200MP – satu lonjakan besar dalam dunia fotografi mudah alih di Asia Tenggara.
Pelancaran rasmi di Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke-30 vivo itu bukan sekadar memperkenalkan peranti baharu, tetapi menandakan permulaan era baharu bagi pengimejan mudah alih bertaraf profesional yang mampu dimiliki pengguna biasa sekali gus menzahirkan komitmen vivo untuk menjadikan teknologi canggih lebih dekat dengan masyarakat.
Siri X300 menggabungkan kejuruteraan kamera termaju dengan seni rekaan yang elegan, menghasilkan peranti yang bukan sahaja memukau dari segi prestasi tetapi juga menonjol dengan gaya moden dan premium. Setiap elemen dicipta dengan perhatian teliti terhadap kualiti dan pengalaman pengguna.
Teknologi pengimejan ZEISS APO 200MP pada X300 Pro hadir bersama sensor Ultra-Sensing HPB yang direka khusus untuk menghasilkan imej ultra-jelas, walaupun dalam keadaan pencahayaan yang kompleks. Ia memastikan setiap rakaman menonjol dengan ketepatan warna, kejelasan dan perincian yang menakjubkan.
Kamera utama 50MP ZEISS Gimbal-Grade turut disertakan dengan penstabilan bertaraf CIPA 5.5, memberikan keupayaan menangkap imej yang stabil walaupun ketika pengguna sedang bergerak. Ini membolehkan setiap potret, aksi atau panorama dirakam dalam bentuk paling realistik dan mengagumkan.
Menariknya, seluruh majlis pelancaran siri vivo X300 telah dirakam menggunakan vivo X300 Pro sendiri, membuktikan kemampuan luar biasa sistem kamera ZEISS Ultra-Clear dalam menangkap warna, pergerakan dan ekspresi dengan kejituan yang sukar ditandingi oleh telefon lain di pasaran.

Bagi jurugambar amatur dan profesional, siri X300 membawa pengalaman penggambaran yang jauh lebih fleksibel melalui Pro Imaging Chip VS1, cip pemprosesan khas yang meningkatkan kejelasan imej, mengurangkan hingar serta mempercepatkan output visual dalam masa sebenar.
vivo X300 juga dilengkapi kamera hadapan ZEISS 50MP Ultra-Wide Autofocus, membolehkan pengguna merakam swafoto berkualiti profesional dengan fokus sempurna dalam pelbagai jarak. Ia ideal untuk pencipta kandungan yang mahukan hasil semula jadi tanpa perlu banyak suntingan.
Selain prestasi fotografi, siri X300 turut memperkenalkan pengalaman sinematografi mudah alih melalui rakaman 4K 120fps Dolby Vision Video, menjadikan setiap rakaman setaraf produksi filem profesional. Ini membolehkan pengguna merakam persembahan, dokumentari atau vlog dengan hasil visual sinematik.
Ciri AI Image Studio pula membuka ruang kreativiti tanpa batas. Fungsi seperti AI One-Shot Multi-Crop dan AI Landscape Master secara automatik menambah baik komposisi, pencahayaan dan gaya imej mengikut suasana semasa. Pengguna boleh menghasilkan foto dan video berbeza hanya dalam satu rakaman.
vivo turut menambah baik keupayaan potret melalui ZEISS Natural Portrait yang mengekalkan tona kulit semula jadi dan lembut. Ia digabung dengan Night Portrait Mode yang secara automatik menyesuaikan pencahayaan dalam suasana gelap, memastikan setiap potret malam kekal menawan dan jelas.
Dari segi prestasi dalaman, siri X300 dikuasakan oleh cip Dimensity 9500, hasil kerjasama strategik vivo dan MediaTek. Diperbuat menggunakan proses TSMC N3P, cip ini menawarkan prestasi berkuasa tinggi dengan penggunaan tenaga minimum – sesuai untuk mereka yang aktif merakam, menyunting dan menstrim tanpa henti.
Kapasiti bateri yang besar iaitu 6,510mAh (X300 Pro) dan 6,040mAh (X300) memastikan tenaga tahan lama, manakala teknologi pengecasan pantas 90W FlashCharge dan 40W Wireless FlashCharge membolehkan pengguna mengisi semula kuasa dengan pantas dan selamat.
Sistem operasi baharu OriginOS 6 turut memperkukuh pengalaman penggunaan, dengan antara muka lebih pintar, reka bentuk semula jadi dan fungsi interaktif seperti Origin Island yang menyediakan cadangan pintar berdasarkan gaya hidup pengguna.
vivo X300 menampilkan paparan 8T LTPO dengan kecerahan maksimum 2000 nit, memastikan paparan kekal jelas di bawah cahaya matahari terik. Manakala teknologi PWM Dimming 2160Hz melindungi mata daripada keletihan visual semasa penggunaan berpanjangan.
Reka bentuknya pula memadukan seni dan sains dengan Unibody 3D Glass yang menyatukan modul kamera secara licin. Permukaan belakang berkemasan velvet coral glass memberikan rasa lembut di tangan, tahan cap jari dan menyerlahkan karakter elegan setiap pemiliknya.

Siri ini hadir dalam warna menarik — Phantom Black, Mist Blue, dan Halo Pink bagi X300, manakala X300 Pro menambah sentuhan eksklusif dengan Dune Brown. Setiap warna mencerminkan personaliti tersendiri, sama ada profesional, bersemangat atau elegan.
Dengan gabungan kuasa fotografi, prestasi tinggi dan reka bentuk eksklusif, siri vivo X300 menjadi simbol keunggulan dalam dunia telefon pintar moden. Ia bukan sekadar alat komunikasi, tetapi kamera profesional, rakan kreatif dan peranti gaya hidup serba lengkap.
Pra-tempahan kini dibuka di semua kedai konsep vivo dan platform dalam talian dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,872, termasuk aksesori tambahan seperti Telephoto Extender Kit dan Grip Kit khas untuk pemilik siri X300.
Kini, setiap momen — daripada persembahan konsert hingga potret peribadi — boleh dirakam dengan sempurna hanya melalui satu sentuhan. Dengan vivo X300, revolusi kamera telefon pintar benar-benar bermula di Malaysia. – UTUSAN






