Vince Zampella pembangun dan eksekutif permainan video yang terlibat dalam beberapa siri permainan video FPS paling terkemuka dunia meninggal dunia pada 21 Disember dalam sebuah kemalangan jalan raya di usia 55 tahun.

Dilahirkan pada tahun 1970, Zampella memulakan kerjayanya dengan penglibatan dalam siri Medal of Honor dan adalah ketua pereka untuk Medal of Honor Allied Assault yang sehingga kini dianggap antara FPS terbaik pernah dihasilkan. Zampella kemudiannya mengasaskan Infinity Ward, di mana beliau melancarkan pula siri Call of Duty pada tahun 2004 yang masih diterbitkan sehingga ke hari ini.
Kerana isu mengenai pembayaran bonus kejayaan siri CoD berjumlah $36 juta, Zampella dan Jason West dipecat oleh Activision pada tahun 2010. Zampella dan West kemudiannya menubuhkan studio baharu Respawn Entertainment yang menghasilkan siri Titanfall, Apex Legends, dan Star Wars Jedi.
Sebelum meninggal dunia, beliau berkhidmat sebagai Ketua Kumpulan di Electronic Arts dan terlibat dengan penerbitan permainan terkini Battlefield 6 yang menerima pujian pengkritik dan sambutan hebat peminat tegar .






